PROMOSI PEMAKANAN SIHAT MURID TABIKA/ PRASEKOLAH DAN SEKOLAH
PENGENALAN
Selaras dengan strategi yang telah digariskan di dalam Pelan Tindakan Pemakanan Kebangsaan Malaysia 2016-2025 (NPANM III), pelbagai aktiviti telah dijalankan dan pelbagai bahan pendidikan pemakanan sihat telah dibentuk. Tujuan promosi pemakanan sihat ini dijalankan adalah untuk menggalakkan amalan pemakanan sihat di kalangan murid, ibu bapa serta warga prasekolah/ tabika dan sekolah.
Antara aktiviti promosi pemakanan yang dijalankan adalah melalui ceramah, bimbingan, latihan, bengkel dan seminar yang disasarkan kepada murid, ibu bapa, guru serta warga prasekolah/ tabika dan sekolah. Selain itu, pelbagai bahan pendidikan pemakanan telah dihasilkan berbentuk infografik, risalah, poster, lembaran aktiviti, video animasi, apron sistem pencernaan manusia (alat bantu mengajar) dan permainan interaktif untuk digunakan di prasekolah/ tabika dan sekolah.
Kesemua bahan tersebut telah dihebahkan melalui media sosial serta turut diedarkan ke semua Jabatan Kesihatan Negeri dan agensi yang berkaitan iaitu Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Kementerian Perpaduan Negara, Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Majlis Amanah Rakyat (MARA), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Maktab Tentera Diraja (MTD).
BAHAN TERBITAN
Infografik
Lembaran Aktiviti
Risalah
Poster
Video
Permainan Interaktif
PERTANYAAN LANJUT, SILA HUBUNGI
Tabika/ Prasekolah
Encik Mohd Al-Saufreen Akhiruddin
03-88924507
saufreen@moh.gov.my
Sekolah Rendah
Puan Fadwa Ali
03-88924469
fadwa@moh.gov.my
Sekolah Menengah
Cik Umadevi Nadarajah
03-88924467
uma_devi@moh.gov.my