PROMOSI PEMAKANAN SIHAT DI PASAR RAYA
Laman Utama > Program Pemakanan > Promosi Pemakanan > Promosi Pemakanan Sihat Di Pasar Raya
pengenalan
Pasar raya merupakan tempat tumpuan orang ramai untuk mendapatkan bekalan makanan seisi keluarga. Oleh itu, pemilihan bahan makanan di pasar raya boleh menentukan jenis makanan yang dimakan di rumah dan seterusnya boleh mempengaruhi tahap kesihatan keluarga. Aktiviti Promosi Pemakanan Sihat Di Pasar Raya merupakan satu aktiviti pendidikan pemakanan sihat yang menggunakan pendekatan yang inovatif dan menarik. Aktiviti ini diwujudkan bagi memenuhi keperluan orang ramai mendapatkan maklumat pemakanan yang tepat semasa membuat pemilihan makanan di pasar raya. Program ini telah dirasmikan oleh YB Dato’ Seri Liow Tiong Lai, Menteri Kesihatan Malaysia pada 8 Oktober 2011 bertempat di pasar raya besar Giant Shah Alam.
OBJEKTIF
Objektif Umum:
Objektif Khusus:
Aktiviti
Kembara Pemakanan Sihat Di Pasar Raya merupakan aktiviti utama dalam Promosi Pemakanan Sihat Di Pasar Raya. Dalam aktiviti ini, peserta akan dibawa mengembara ke seksyen-seksyen makanan mengikut kumpulan makanan. Aktiviti ini dikendalikan oleh 2 orang pemandu kembara yang terdiri daripada Pegawai Sains Pemakanan dan Pegawai Teknologi Makanan atau Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran. Bilangan peserta yang disarankan ialah seramai 10 – 20 orang peserta.
Dalam aktiviti ini, para peserta dikehendaki mengisi borang pra kembara pemakanan sihat di pasar raya sebelum kembara dijalankan. Seterusnya, para peserta akan dibawa mengembara ke lima seksyen utama sambil diberi penerangan oleh PSP. Lima seksyen tersebut seperti berikut:
Seksyen 1 : Seksyen Beras
Seksyen ini mewakili makanan pada aras pertama Piramid Makanan Malaysia iaitu kumpulan nasi, mi, roti, bijirin, produk bijirin dan ubi-ubian.
Seksyen 2 : Seksyen Sayur-Sayuran dan Buah-Buahan
Seksyen ini mewakili makanan pada aras kedua Piramid Makanan Malaysia iaitu kumpulan sayur-sayuran dan buah-buahan.
Seksyen 3 : Seksyen Ikan
Seksyen ini mewakili makanan pada aras ketiga Piramid Makanan Malaysia iaitu kumpulan ikan, ayam, daging, telur, kekacang, susu dan produk tenusu.
Seksyen 4 : Seksyen Minyak
Seksyen ini mewakili makanan pada aras keempat Piramid Makanan Malaysia iaitu kumpulan lemak, minyak, gula dan garam.
Seksyen 5 : Seksyen Membaca Label
Seksyen ini boleh dilakukan di peti sejuk yang meletakkan susu dan produk tenusu. Seksyen ini memberi pendidikan kepada peserta mengenai label dan cara membaca label.
Setelah selesai mengembara ke lima seksyen, para peserta diminta untuk mengisi borang pasca penilaian untuk menilai pengetahuan mereka.
BAHAN TERBITAN
Pertanyaan lanjut, sila hubungi:
Puan Farah Dahlia Ahmad Ghazali
farahdahlia@moh.gov.my
03-8892 4490