MyMeal

Laman Utama > Program Pemakanan > Promosi Pemakanan > MyMeal

Pengenalan

MyMeal merupakan pengiktirafan yang diberikan bagi set makanan lengkap berdasarkan konsep Pinggan Sihat Malaysia (Suku Suku Separuh) yang dijual dengan harga yang berpatutan. Inisiatif ini boleh dilaksanakan kepada semua menu makanan yang dijual secara set di Malaysia, termasuk makanan tradisi Malaysia, timur dan barat yang mematuhi komponen penilaian yang ditetapkan.

 

OBJEKTIF
  1. Meningkatkan kebolehdapatan makanan yang lebih sihat dengan harga berpatutan di premis makanan di Malaysia.
  2. Membantu pengguna mengenalpasti set makanan yang lebih sihat dengan mudah dan cepat apabila makan di luar.
  3. Membantu menangani masalah pemakanan dan penyakit tidak berjangkit dalam kalangan rakyat Malaysia yang memilih untuk makan di luar.

 

KOMPONEN PENILAIAN

Bagi mendapatkan pengiktirafan MyMeal, beberapa komponen penilaian perlu dipatuhi oleh pengusaha premis makanan iaitu:

 

  1. Set MyMeal
    • Mengandungi 1 sajian daripada kumpulan nasi, bijirin lain, produk makanan berasaskan bijirin penuh dan ubi-ubian;
    • Mengandungi 1 sajian daripada kumpulan ikan, ayam, telur, daging dan legum;
    • Mengandungi 1 sajian daripada kumpulan sayur-sayuran;
    • Mengandungi 1 sajian air kosong (minimum 200ml);
    • Anggaran kalori ialah 400 hingga 500 kcal;
    • Makanan tidak terlalu masin/ manis;
    • Makanan tidak terlalu berminyak/ berlemak
  2. Harga Set MyMeal
    • RM6 atau kurang (Semenanjung); atau
    • RM8 atau kurang (Sabah, Sarawak dan Labuan)
  3. Keselamatan dan Kualiti Makanan:
    • Markah pemeriksaan premis 86% dan ke atas atau mendapat gred A.
      Pertanyaan lanjut, sila hubungi:

      Puan Noor Faezah Abdul Jalil
      faezahjalil@moh.gov.my
      03-8892 4481