Inisiatif MyChoice

INISIATIF MyChoice

Pengenalan

Program MyChoice merupakan program baru di mana satu logo akan diberikan kepada hidangan makanan/ minuman di restoran-restoran francais yang memenuhi kriteria nutrien yang telah ditetapkan.

Tujuan program ini adalah untuk memudahkan pelanggan membuat pilihan yang lebih bijak dengan memilih makanan/ minuman yang mempunyai Logo MyChoice. Secara tidak langsung, situasi ini dapat mewujudkan persekitaran yang menyokong amalan makan secara sihat.

Objektif Program

  • Memudahkan pengguna mengenal pasti makanan yang lebih sihat dalam restoran
  • Membantu pengguna membuat pilihan yang lebih bijak dengan melihat logo MyChoice pada menu makanan.
  • Menggalakkan industri perkhidmatan makanan menyediakan pilihan hidangan makanan dan minuman yang lebih sihat.
  • Menwujudkan persekitaran yang menyokong amalan makan secara sihat.

Mekanisme Pelaksanaan

  • Pengusaha restoran francais akan membuat permohonan kepada sekretariat Bahagian Pemakanan bagi setiap set hidangan makanan/ minuman yang ingin mendapatkan Logo
  • Pemohon perlu menghantar laporan analisis makmal (Certificate of Analysis)bagi kriteria nutrien mengikut kategori makanan atau minuman semasa permohonan Logo dibuat. Ujian makmal perlu dijalankan oleh makmal yang telah memdapat pengesahan akreditasi daripada Jabatan Standard Malaysia di bawah Skim Akreditasi Makmal Malaysia (SAMM). International Laboratory Accreditation (ILAC) atau Mutual Recognize Accreditation (MRA) Signatories yang telah diperakui oleh Jabatan Standard Malaysia juga boleh diterima.
  • Selepas permohonan tersebut diterima oleh sekretariat, sekretariat akan membuat penyemakan dan pengesahan terhadap semua dokumen yang telah dihantar. Semua dokumen yang telah dihantar akan disimpan oleh sekretariat.
  • Satu sijil pengiktirafan Logo MyChoice akan dikeluarkan oleh pihak sekretariat kepada pemohon sebagai bukti permohonan telah berjaya dan Logo MyChoice boleh boleh digunakan pada paparan menu set hidangan makanan/ minuman tersebut.
  • Segala kos yang dikenakan atas penyediaan laporan analisis makmal atau penyediaan paparan menu beserta logo adalah dibawah tanggungan pihak restoran.

Kriteria Program

Borang Permohonan

Surat Makluman

Surat Makluman Program MyChoice 2021

Maklumat Lanjut

MyChoice Secretariat
Munirah Mohd Nasir
Tel: 03-8892 4457
mychoice@moh.gov.my