Page 9 - 01 COVER
P. 9

AKTIVITI PEMAKANAN NEGERI JOHOR




       MAJLIS SAMBUTAN MINGGU PENYUSUAN SUSU IBU PERINGKAT NEGERI JOHOR
       Program Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu peringkat negeri Johor telah dirasmikan oleh wakil Pengarah
       Jabatan  Kesihatan  Negeri  Johor  merangkap  Timbalan  Pengarah  Kesihatan  Awam  Negeri  Johor,  Dr.  Hajah
       Fatimah bt Othman pada 12 Ogos 2017 di Kompleks Sukan Pagoh, Muar. Beberapa aktiviti telah dijalankan
       termasuklah  pertandingan  mewarna  untuk  kanak-kanak,  pertandingan  ibu  dan  anak  seiras  di  mana  ibu
       berkongsi tentang pengalaman menyusukan anak sehingga 6 bulan dan juga terdapat forum yang melibatkan
       ibu bekerjaya yang mampu menjayakan penyusuan susu ibu secara eksklusif, iaitu seorang anggota bomba.

       Tujuan sambutan ini diadakan adalah untuk memberi kesedaran kepada semua ibu terutamanya ibu yang
       bekerjaya,  bahawa  penyusuan  susu  ibu  tetap  boleh  dijayakan  walaupun  mereka  bekerja.  Pameran  dari
       pelbagai agensi lain juga turut memeriahkan majlis tersebut.




























       AKTIVITI PEMAKANAN NEGERI TERENGGANU



       LATIHAN KATERING SIHAT
       Latihan Katering Sihat merupakan salah satu inisiatif Kementerian Kesihatan Malaysia
       yang bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan mengenai pemakanan sihat
       dan  amalan  penyediaan  hidangan  makanan  yang  bersih,  sihat  dan  selamat  di
       kalangan  pengendali  makanan.  Latihan  ini  disasarkan  kepada  pengusaha
       restoran,  kedai  makan,  kafeteria,  restoran  makanan  segera  dan  kantin.
       Pengusaha  dan  pengendali  makanan  boleh  bertindak  sebagai  agen  pengubah
       yang penting dalam mengubah tingkah laku masyarakat ke arah amalan makan
       secara sihat.
                                                                                            Ceramah Pemakanan oleh
                                                                                              PSP di UiTM Dungun.
       Negeri Terengganu telah mengadakan beberapa Latihan Katering Sihat sepanjang
       tahun 2017 di beberapa daerah di Dungun, Marang dan Besut seperti berikut:
        Daerah       Tarikh                             Peserta
        Besut    13 Februari 2017  Guru-guru HEM Dan Guru-guru Kantin Sekolah Rendah Serta
                                  Menengah
        Dungun   8 Mei 2017       Pengusaha kafeteria di UiTM kampus Dungun, UiTM kampus
                                  Bukit Besi, UiTM kampus Kuala Terengganu, Chef Hotel UiTM
                                  Dungun serta pensyarah dan kakitangan, UiTM Dungun.
                                                                                        Peserta Latihan Katering Sihat Daerah
        Marang   24 Ogos 2017     Pembantu Pemaju Masyarakat Tabika KEMAS                  Marang yang terdiri daripada
                                                                                        Pembantu Pemaju Masyarakat Tabika
                                                                                                   KEMAS

                                                                                                                8
   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14