Page 7 - 01 COVER
P. 7

AKTIVITI PEMAKANAN
       BAHAGIAN PEMAKANAN



       KAJIAN PENILAIAN SEMULA KEBERKESANAN PROGRAM PEMULIHAN KANAK-KANAK KEKURANGAN
       ZAT MAKANAN (PPKZM) YANG MENERIMA BAKUL MAKANAN
       Kajian Penilaian Semula Keberkesanan Program Pemulihan Kanak-Kanak Kekurangan Zat Makanan (PPKZM) sedang
       dijalankan  secara  menyeluruh  oleh  pihak  Universiti  Putra  Malaysia  (UPM)  selaku  badan  bebas  yang  dilantik  oleh
       Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Kajian ini telah bermula pada Januari 2016 dan dijangka berakhir pada Mac
       2018.

       Setelah 27 tahun program PPKZM dilaksanakan, satu usaha kajian telah dijalankan bagi menilai semula keberkesanan
       program ini. Ianya telah diletakkan sebagai projek di bawah Rolling Plan 1(RP-1)(RMK-11) bagi tahun 2016. Seramai
       1,949 responden kanak-kanak kurang zat makanan sederhana dan kanak-kanak kurang zat makanan teruk serta 614
       orang  anggota  kesihatan  di  seluruh  Malaysia  telah  terlibat  dalam  kajian  ini.  Skop  kajian  terbahagi  kepada  empat
       komponen besar iaitu:
         i.  Penilaian Standard Operasi Prosedur dan Garis Panduan PPKZM
         ii. Penilaian Tahap Pengetahuan, Sikap dan Amalan Anggota Kesihatan terhadap PPKZM
         iii. Temubual bersama ibu-bapa/penjaga kepada kes PPKZM
         iv. Penilaian Keberkesanan Kos PPKZM
       Latihan kepada pasukan penyelidik telah dilaksanakan pada Jun 2016 yang lalu. Sesi taklimat turut dijalankan kepada
       anggota kesihatan yang terlibat iaitu Pegawai Perubatan, Pegawai Sains Pemakanan dan anggota kejururawatan. Sesi
       pengumpulan data oleh pasukan penyelidik telah dilaksanakan mengikut zon iaitu utara, selatan, timur, tengah, Sabah
       dan Sarawak bermula Julai hingga Disembar 2016. Pada tahun 2017, kajian telah berada pada peringkat analisa data dan
       permulaan penulisan hasil kajian.














              Sesi taklimat kepada anggota kesihatan di   Pasukan penyelidik bergambar   Sesi temubual bersama ibu penerima
                        Zon Utara                bersama anggota kesihatan semasa    bantuan bakul makanan
                                                  aktiviti pengumpulan data di Zon
                                                          Sarawak




       KURSUS KEPIMPINAN PEGAWAI SAINS
       (PEMAKANAN)
       Kursus    Kepimpinan    Pegawai     Sains
       (Pemakanan)  telah  diadakan  pada  11-13
       Oktober,  2017  di  Kinrara  Resort,  Bandar
       Kinrara Puchong. Objektif kursus ini adalah
       untuk  mengaplikasikan  ilmu  pengetahuan
       berkaitan   kepimpinan     dalam    kerja
       seharian.  Ianya  juga  untuk  meningkatkan
       tahap    keyakinan     peserta   dengan
       memantapkan  pengetahuan  dan  motivasi
       diri  peserta  dengan  ilmu  pengetahuan
       berkaitan kepimpinan.










                                                                      Gambar aktiviti semasa kursus dijalankan





                                                                                                               6
   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12