Page 5 - 01 COVER
P. 5

AKTIVITI PEMAKANAN
       BAHAGIAN PEMAKANAN



       PELANCARAN BUKU RECOMMENDED NUTRIENT INTAKE (RNI) FOR MALAYSIA 2017
       Buku RNI yang diterbitkan pada tahun 2005 telah disemak semula dengan penglibatan agensi, universiti, badan
       profesional  dan  institusi.  Penyemakan  RNI  ini  merupakan  salah  satu  aktiviti  di  bawah  National  Plan  of  Action  for
       Nutrition of Malaysia (NPANM III), 2016-2025.

       Buku RNI 2017 ini telah dilancarkan oleh YB Menteri Kesihatan Malaysia,  pada 15 Mei 2017 semasa Majlis Perasmian
       1st  Southeast  Asia  Public  Health  Nutrition  (SEA-PHN)  Conference  di  Hotel  Istana,  Kuala  Lumpur.  Buku  ini  boleh
       dimuat turun dari Laman Web Bahagian Pemakanan: www.nutrition.gov.my






















       MAJLIS PELANCARAN KEMPEN ‘SUKU SUKU SEPARUH’
       Majlis  Pelancaran  Kempen  ‘Suku  Suku  Separuh’  telah
       diadakan  pada  7  Ogos  2017  di  Sekolah  Kebangsaan
       Setiawangsa Kuala Lumpur. Majlis ini telah dirasmikan oleh
       Datuk Seri Dr. S. Subramaniam,  Menteri Kesihatan Malaysia
       bersama dengan Dato’ P. Kamalanathan A/L P. Panchanathan
       Timbalan Menteri Pendidikan 1. Ianya merupakan  simbolik
       dan  kick  off  kepada  pelaksanaan  aktiviti  selanjutnya  dalam
       Kempen  ‘Suku  Suku  Separuh’.  Kempen  ini  melibatkan
       pelbagai agensi termasuk agensi kerajaan, swasta dan badan
       profesional.  Tumpuan  diberikan  kepada  promosi  media,
       sekolah  dan  komuniti  (lokaliti  KOSPEN,  pasar  raya  dan   Datuk Seri Dr. S. Subramaniam dan Dato’ P. Kamalanathan A/L P.
       kawasan Rehat dan Rawat di Lebuh Raya).                    Panchanathan  Timbalan Menteri Pendidikan 1 menunjukkan Pinggan
                                                                   Sihat Malaysia bersama-sama dengan tetamu-tetamu kehormat
       Semasa Majlis Pelancaran, turut dirasmikan adalah Nutri Mart                   yang lain.
       Pasaraya Sihat yang dihasilkan oleh Unit Pemakanan Jabatan
       Kesihatan  Wilayah  Persekutuan  Kuala  Lumpur.  Selain  itu,
       Guru  Besar  SK  Setiawangsa  juga  berpeluang  menunjukkan
       pelaksanaan program HiTS (Program Hidangan Berkhasiat di
       Sekolah)  yang  menggunakan  konsep  Suku  Suku  Separuh
       kepada semua tetamu terhormat.





                                                                      Tetamu- tetamu kehormat menyanyikan lagu Negaraku













                                               Video Doodles ‘Suku Suku Separuh’




                                                                                                               4
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10