Page 3 - 01 COVER
P. 3

Mutiara Kata







          Assalamualaikum WBT dan Salam Sihat 1Malaysia,


          Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izinNya kita berjaya menghasilkan
          e-buletin  pemakanan  buat  julung  kalinya  pada  tahun  ini.  Setinggi-tinggi  penghargaan
          kepada sidang editor dan semua yang terlibat dalam menyumbangkan idea dan informasi
          bagi menjadikan e-buletin ini satu kenyataan.


          Tahun  2017  merupakan  satu  tahun  yang  banyak  merakam  aktiviti  dan  inisiatif  yang
          memberi  tumpuan  kepada  aktiviti  berbentuk  promosi  pemakanan.  Tahun  ini  juga
          menyaksikan  pelancaran  Kempen  ‘Suku  Suku  Separuh’  (Pinggan  Sihat  Malaysia)  yang
          dijalankan secara intensif di seluruh negara. Mesej ini telah berjaya disampaikan menerusi
          pelbagai platform dan program pemakanan sedia ada yang dijalankan secara berterusan.
          Penyampaian  maklumat  pemakanan  menggunakan  media  sosial  turut  dijalankan  selari
          dengan  permintaan  dan  penggunaan  masyarakat  masa  kini  yang  sentiasa  dahagakan
          maklumat pemakanan terkini yang mudah diakses, pantas dan dipercayai.


          Terima  kasih  dan  syabas  saya  ucapkan  kepada  semua  Pegawai  Sains  Pemakanan  dan
          kakitangan  kesihatan  lain  yang  sentiasa  komited  dalam  memastikan  rakyat  Malaysia
          mengamalkan makan secara sihat.


          #SukuSukuSeparuh – Mulakan Sekarang!


          ZALMA ABDUL RAZAK
          Pengarah
          Bahagian Pemakanan
          Kementerian Kesihatan Malaysia



                                                                                                               2
   1   2   3   4   5   6   7   8