Page 20 - 01 COVER
P. 20

SABAH


       KONVENSYEN AHLI KUMPULAN SOKONGAN PENYUSUAN SUSU IBU (AKSSI) DAN MAJLIS
       SAMBUTAN MINGGU PENYUSUAN SUSU IBU SEDUNIA (MPSI) PERINGKAT NEGERI SABAH 2017
       Konvensyen  Ahli  Kumpulan  Sokongan  Penyusuan
       Susu  Ibu  (AKSSI)  dan  Majlis  Sambutan  Minggu
       Penyusuan Susu Ibu Sedunia (MPSI)  Peringkat Negeri
       Sabah 2017 telah diadakan pada 2 - 3 Ogos 2017 di
       Dewan  Sri  Lamag,  Kinabatangan.  Majlis  ini  telah
       dirasmikan  oleh  Tuan  Yassin  bin  Nasir,  Pegawai
       Daerah  Kinabatangan  yang  mewakili  YB   Dato’  Sri
       Bung  Mokhtar  bin  Radin,  Ahli  Parlimen  P187
       Kinabatangan.
                                                                   TALK SHOW :            Pameran #SukuSukuSeparuh
       Majlis ini merupakan kemuncak kepada aktiviti-aktiviti   “Bersama Lestarikan Penyusuan Susu   oleh Pusat Maklumat Pemakanan
       promosi  penyusuan susu ibu (PSI) yang dilaksanakan   Ibu” atau “Sustaining  Breastfeeding   Daerah Keningau.
       di Sabah sepanjang tahun 2017. Buat julung kalinya,           Together”
       sambutan MPSI ini digabungkan bersama Konvensyen AKSSI Peringkat Negeri Sabah Kali Ke-4. Program ini telah
       melibatkan  orang  awam,  agensi  dan  jabatan  serta  AKSSI  dari  daerah-daerah  seluruh  negeri  Sabah,  khususnya
       daerah Kinabatangan selaku tuan rumah.
       Sempena program ini, Roadshow PSI di lokaliti berhampiran dengan klinik daerah Kinabatangan dan Tongod telah
       dilaksanakan  sepanjang  bulan  Julai  dengan    kerjasama  AKSSI  dan  sukarelawan.  Pelbagai  pertandingan  turut
       diadakan di kalangan AKSSI setiap daerah dan turut terbuka kepada orang awam. Pameran turut diadakan yang
       melibatkan pelbagai disiplin kesihatan seperti Pemakanan, Farmasi, Pergigian, Fisioterapi, Terapi Cara Kerja serta
       AKSSI setiap daerah yang memberi fokus kepada aspek PSI.


       AKTIVITI PEMAKANAN NEGERI KELANTAN

       PROGRAM PEMULIHAN PEMAKANAN                         PELAKSANAAN PERKHIDMATAN KLINIK RAKAN
       ORANG ASLI DI GUA MUSANG, KELANTAN                  BAYI (KRB)
       “Program  Pemulihan  Pemakanan  Orang  Asli”  adalah   Pelaksanaan  Klinik  Rakan  Bayi  (KRB)  adalah  salah  satu  usaha
       program yang dirancang bagi memulihkan status pemakanan   inovasi  perkhidmatan  Kementerian  Kesihatan  Malaysia  (KKM)
       masyarakat  Orang  Asli.  Antara  program  yang  dijalankan   untuk mempromosi, melindungi dan menyokong penyusuan susu
       ialah:                                              ibu  di  kemudahan  kesihatan  yang  memberikan  perkhidmatan
        i. Program Community Feeding (PCF),                kesihatan kepada ibu dan anak sama ada di Klinik Kesihatan, Klinik
        ii. Program  Pemulihan  Kanak-kanak  Kekurangan  Zat   Kesihatan Ibu dan Anak dan Klinik Desa di seluruh negara. Ia juga
          Makanan  (PPKZM)  khususnya  kepada  kanak-kanak   merupakan  kesinambungan  daripada  pelaksanaan  Inisiatif
          yang berumur 6 bulan hingga 6 tahun, dan         Hospital Rakan Bayi di hospital.
       iii. Program  Pencegahan  Gangguan  Akibat  Kekurangan
          Iodin (GAKI) di kalangan wanita Orang Asli.      Sebanyak 24 daripada 82 buah Klinik Kesihatan di Kelantan telah
                                                           mendapat  pengiktirafan  KRB  dan  sebanyak  28  buah  Klinik
       Objektif  program  ini  adalah  untuk  memulihkan  status   Kesihatan lagi sedang dalam proses penilaian pengiktirafan.
       pemakanan masyarakat Orang Asli.
       Antara  aktiviti  yang  dijalankan  sepanjang  program  ini   KRB  bertujuan  untuk  menggalakkan  ibu-ibu  untuk  menyusukan
       adalah:                                             bayi mereka dengan susu ibu secara eksklusif sejak lahir sehingga
          Pemberian makanan di Pusat Community Feeding Gua   6 bulan dan meneruskannya sehingga bayi berumur 2 tahun.
          Musang                                           Antara aktiviti yang dijalankan adalah:
          Kajian  GAKI  di  kalangan  Ibu  Berumur  Produktif  di
          Kampung Tohoi, Gua Musang                          Latihan Pegawai Penilai KRB Peringkat Negeri Kelantan
                                                             Penilaian  Perkhidmatan  KRB  oleh  Pasukan  Pegawai  Penilai
                                                             berdasarkan  9  Langkah  Ke  Arah  Penyusuan  Susu  Ibu  Yang
                                                             Berjaya Di Klinik












        Pemberian makanan di Pusat  Pengambilan sampel urin dan  Sesi Latihan Praktikal Pegawai Penilai   Sesi Latihan Praktikal Pegawai Penilai
           Community Feeding,  penilaian antropometri bagi Kajian   KRB Negeri Kelantan di Klinik   KRB Negeri Kelantan di Klinik
             Gua Musang          GAKI di kalangan Ibu Berumur  Kesihatan Batu Gajah, Tanah Merah  Kesihatan Batu Gajah, Tanah Merah
                                 Produktif di Kampung Tohoi,
                                       Gua Musang
        19
   15   16   17   18   19   20   21   22