Page 18 - 01 COVER
P. 18

AKTIVITI PEMAKANAN NEGERI MELAKA



       KEMPEN PINGGAN SIHAT MALAYSIA
       ‘SUKU SUKU SEPARUH’ SEMPENA PROGRAM EKSPRESI
       NEGARAKU
       Kempen  Pinggan  Sihat  Malaysia  ‘Suku  Suku  Separuh’  telah
       dijalankan  sempena  Program  Ekspresi  Negaraku.  Program
       anjuran  Jabatan  Perdana  Menteri  ini  telah  memberi  peluang
       kepada  rakyat  Malaysia  meningkatkan  pengetahuan  mereka
       melalui pelbagai pameran oleh agensi kerajaan dan swasta. Selain
       daripada  itu,  Program  Ekspresi  Negaraku  juga  memberi
       peluang  kepada  generasi  muda  di  negara  kita  menghayati
       semangat cintakan negara. Program ini telah berlangsung pada
       15  Julai  2017  di  Dataran  Pahlawan,  Banda  Hilir,  Melaka  dan
       dirasmikan  oleh  Datuk  Dr.  Abu  Bakar  Bin  Mohamad  Diah,
       Timbalan Menteri Sains Teknologi dan Inovasi. Antara aktiviti yang
       dijalankan  adalah  pameran  makanan  berasaskan  Pinggan  Sihat
       Malaysia  #SukuSukuSeparuh  dan  Kempen  Makan  Buah  dan
       Sayur.





                                            EXPO MELAKA SIHAT 2017
                                            Expo Melaka Sihat 2017 adalah acara tahunan Jabatan Kesihatan Negeri
                                            Melaka.  Expo  ini  bertujuan  memberi  peluang  kepada  orang  awam
                                            mengenali  dengan  lebih  dekat  peranan  Bahagian  Kesihatan  Awam,
                                            Bahagian  Perubatan,  Bahagian  Farmasi,  Bahagian  Pengurusan,
                                            Bahagian  Pergigian  dan  Bahagian  Keselamatan  dan  Kualiti  Makanan
                                            Jabatan  Kesihatan  Negeri  Melaka  melalui  aktiviti  interaktif  yang
                                            dijalankan. Expo ini juga memberi peluang kepada agensi swasta untuk
                                            mempamerkan perkhidmatan mereka untuk bersama-sama berganding
          Majlis Perasmian Expo Melaka Sihat 2017  bahu ke arah mencapai kesihatan yang optimum.

                                            Pada tahun ini EXPO Melaka Sihat telah diadakan pada 4-5 November
                                            2017 di Hall A, MITC Ayer Keroh Melaka dan dirasmikan oleh Datuk Dr.
                                            Hj. Azman Bin Abu Bakar, Pengarah Bahagian Perkembangan Perubatan,
                                            Kementerian Kesihatan Malaysia mewakili Timbalan Menteri Kesihatan
                                            Malaysia.


                                            Unit  Pemakanan  Jabatan  Kesihatan  Negeri  Melaka  telah  terlibat
                                            secara  langsung  dalam  menyampaikan  mesej  pemakanan  yang
                                            memberi  fokus  kepada  amalan  pemakanan  sihat  sepanjang  Expo
            Lawatan VVIP ke Booth Pemakanan  Melaka Sihat 2017 berlangsung.

                                            Antara aktiviti yang dijalankan oleh Unit Pemakanan adalah:
                                               Kempen makan buah dan sayur - mempromosikan konsep
                                               #Suku Suku Separuh
                                               Pameran kandungan gula dalam minuman
                                               Teka kalori buah
                                               Pertandingan penyediaan snek sihat
                                               Demonstrasi ukiran buah
                                               Demonstrasi ukiran ais
                                               Demonstrasi penyediaan nasi arab
          Permainan interaktif di Booth Pemakanan
                                               Permainan interaktif – Dam Ular Jumbo dan Food Hide & Seek

        17
   13   14   15   16   17   18   19   20   21   22