Page 16 - 01 COVER
P. 16

AKTIVITI PEMAKANAN NEGERI PERAK



       PROGRAM THE BIGGEST LOSER
       PEJABAT KESIHATAN DAERAH BATANG PADANG 2017

       Program The Biggest Loser dijalankan di kalangan 9 orang kakitangan kesihatan yang mempunyai BMI > 38.0
       kg/m² (morbid obes).

       Pelaksanaan program ini bermula pada bulan Mei 2017 hingga November 2017 iaitu selama 6 bulan. Pegawai
       Sains Pemakanan daripada Unit Pemakanan, Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran daripada Unit NCD dan
       pegawai daripada Unit Fisioterapi Daerah merupakan fasilitator di dalam program ini.

       Objektif umum program adalah supaya kakitangan kesihatan yang obes dapat menurunkan sebanyak 6% - 10%
       daripada  berat  badan  asal  dalam  masa  6  bulan.  Objektif  khusus  program  adalah  supaya  peserta  dapat
       mengubah kualiti hidup dengan mengamalkan gaya hidup sihat iaitu lebih aktif dan mengamalkan pemakanan
       sihat dalam kehidupan seharian mereka.
       Antara aktiviti yang telah dijalankan di bawah program ini ialah:

               i.  Kursus Perubahan Tingkah Laku dan Pengurusan Berat Badan
              ii.  Program WAWP (Warga Aktif Warga Produktif)
              iii.  Bola Jaring dan Bola Sepak 7 Sebelah
              iv.  Aktiviti Kembara Pasar Raya Sihat di Giant Teluk Intan
              v.  Jaguh Memasak di Dapur Sihat Masyarakat Chenderiang
              vi.  Mendaki Bukit Gasing
             vii.  Pertandingan Badminton
             viii.  Senaman Aquarobics dan Futsal
              ix.  Outward Boundary Expedition (OBE) di Kem PLKN Sinaran Suria Sungkai
              x.  Circuit Training
              xi.  Ekspedisi Menjelajah Gua Tempurung
             xii.  Water Rafting di Sungai Ulu Sungkai

                    SEKITAR AKTIVITI KEMBARA PASAR RAYA SIHAT           SEKITAR KURSUS PERUBAHAN TINGKAH LAKU
                             DI GIANT TELUK INTAN                            DAN PENGURUSAN BERAT BADAN












                     SEKITAR PROGRAM MENDAKI BUKIT GASING





                                                                        SEKITAR PROGRAM AQUAROBICS DAN FUTSAL





                 SEKITAR PROGRAM OBE DI KEM PLKN SINARAN SURIA












        15
   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20   21