Page 14 - 01 COVER
P. 14

AKTIVITI PEMAKANAN NEGERI NEGERI SEMBILAN



       LATIHAN PEMERKASAAN PIBG UNTUK MENANGANI MASALAH
       OBESITI DI KALANGAN MURID SEKOLAH MELALUI INISIATIF C-HAT

       Latihan Pemerkasaan PIBG Untuk Menangani Masalah Obesiti di Kalangan Murid
       Sekolah Melalui Inisiatif  C-HAT telah diilhamkan oleh YBMK bermula pada tahun
       2016  dan  dilaksanakan  secara  berfasa  selama  3  tahun.  Program  ini  bertumpu
       kepada  pemberian  taklimat  dan  latihan  kepada  ahli  PIBG  untuk  melaksanakan
       aktiviti-aktiviti yang menyokong amalan pemakanan dan gaya hidup sihat sebagai     Perasmian Latihan Pemerkasaan
                                                                                           PIBG Untuk Menangani Masalah
       satu usaha menangani masalah obesiti di sekolah.                                   Obesiti di Kalangan Murid Sekolah
                                                                                            Melalui Inisiatif C-HAT oleh
                                                                                            Pegawai Kesihatan Daerah
       Latihan Pemerkasaan PIBG Untuk Menangani Masalah Obesiti di Kalangan Murid                Port Dickson
       Sekolah  Melalui  Inisiatif  C-HAT  di  Negeri  Sembilan  telah  dijalankan  secara
       berperingkat di peringkat daerah. Latihan telah diadakan di daerah Rembau dan
       Port Dickson pada 29 April 2017 bertempat di Institut Latihan FAMA, Port Dickson
       dan di daerah Jelebu dan Jempol pada 20 Mei 2017 di Dewan Kompleks Rakan
       Muda Jempol. Majlis perasmian telah diserikan oleh Pegawai Kesihatan Daerah
       masing-masing.

       Dalam latihan ini, taklimat dan latihan diberi kepada PIBG untuk melaksanakan       Ahli PIBG dari Daerah Rembau
       aktiviti-aktiviti ke arah amalan pemakanan sihat. Taklimat yang diberi merangkumi:   dan Port Dickson bersama-sama
                                                                                          Pegawai Kesihatan Daerah tekun
          i.  Senario Masalah Obesiti di Malaysia                                          mendengar sesi taklimat yang
          ii.  Peranan PIBG dalam Menangani Masalah Obesiti Di Sekolah                            diberikan.
         iii.  Pemerkasaan PIBG Melalui Program Pemakanan Sihat Di Sekolah
         iv.  Pemerkasaan PIBG Melalui Aktiviti Fizikal Di Sekolah
          v.  Pemantauan Indeks Jisim Tubuh (BMI)

       Antara aktiviti lain yang turut dijalankan adalah pameran Pinggan Sihat Malaysia,
       pameran  kempen  buah  dan  sayur,  pameran  kesihatan  pergigian  dan  pameran
       berkaitan keselamatan dan kualiti makanan.
                                                                                          Antara pameran yang dijalankan
                                                                                            di semasa Latihan tersebut




                                   AKTIVITI DAPUR SIHAT MALAYSIA – BENGKEL PENYEDIAAN
                                   BAHAN-BAHAN PENDIDIKAN PEMAKANAN
                                   Dalam usaha untuk membantu Pegawai Sains Pemakanan menjalankan kempen
                                   ‘Suku  Suku  Separuh’,  satu  bengkel  khas  untuk  menyediakan  replika  makanan
       Contoh replika makanan berkonsepkan   berkonsepkan Pinggan Sihat Malaysia telah diadakan. Bengkel ini diadakan untuk
             Pinggan Sihat Malaysia
                                   melengkapkan  setiap  Pegawai  Sains  (Pemakanan)  di  Negeri  Sembilan  dengan
                                   satu  set  lengkap  replika  makanan  yang  akan  digunakan  sebagai  bahan
                                   pendidikan  pemakanan  ketika  sesi  runding  cara  pemakanan  atau  semasa
                                   pameran. Ianya telah diadakan sebagai salah satu aktiviti Dapur Sihat Masyarakat
                                   di Klinik Kesihatan Gemencheh, Tampin selama 3 hari  pada 29 September dan
                                   2-3 Oktober 2017.
            Contoh replika makanan
               yang disediakan
                                   Aktiviti utama yang dijalankan di dalam
                                   bengkel  ini  adalah  penyediaan  replika
                                        makanan  yang  diperbuat  dari
                                              bahan  kitar  semula  seperti
                                                   surat  khabar  lama  dan
                                                   polisterin.





        13
   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19