Page 12 - 01 COVER
P. 12

AKTIVITI PEMAKANAN NEGERI KEDAH



                                                     MAJLIS PENYERAHAN BAKUL MAKANAN OLEH
                                                     YAYASAN ROYAL WIDAD KEPADA KANAK-KANAK
                                                     KEKURANGAN ZAT MAKANAN
                                                     Majlis Penyerahan Bakul Makanan oleh Yayasan Royal Widad
                                                     Kepada Kanak-Kanak Kekurangan Zat Makanan telah diadakan
                                                     pada  16  Ogos  2017  di  Kompleks  Belia  dan  Sukan,  Baling,
                                                     Kedah. Majlis ini dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Haji Othman bin
         Sesi Bergambar Dengan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan   Omar,  Ketua  Pegawai  Eksekutif,  Yayasan  Royal  Widad  dan
        Royal Widad Sebagai Penyumbang Bakul Makanan Kepada   turut  dihadiri  oleh  pihak  Tabung  Kebajikan  Perubatan
               Kanak-Kanak Kekurangan Zat Makanan
                    Di Daerah Baling, Kedah          Malaysia.

                                                     Pihak Yayasan Royal Widad telah memberi sumbangan murni
                                                     berupa bakul makanan dengan anggaran jumlah peruntukan
                                                     sebanyak RM176,000.00 selama 5 bulan secara NBOS kepada
                                                     kanak-kanak kekurangan zat makanan di tiga daerah di Kedah
                                                     iaitu Baling, Kota Setar dan Kuala Muda. Sumbangan tersebut
                                                     diberi bagi membantu memulihkan kanak-kanak kekurangan
                                                     zat  makanan  di  tiga  daerah  berkenaan.  Antara  aktiviti  yang
         Sumbangan Bakul Makanan   Persembahan Demonstrasi   dijalankan  semasa  majlis  ini  adalah  demonstrasi  masakan
         diberikan Kepada Penerima   Makanan Bakul Makanan
             Bakul Makanan      oleh Anggota Kesihatan  bahan bakul makanan oleh anggota Kesihatan dan pameran
                                                     pemakanan.





       TINJAUAN KEBANGSAAN KESIHATAN & MORBIDITI (NHMS) 2017:
       TINJAUAN KESIHATAN DAN PEMAKANAN REMAJA PELAKSANAAN PERINGKAT
       NEGERI KEDAH

       Tinjauan  Kebangsaan  Kesihatan  &  Morbiditi  (NHMS)
       tahun  2017  di  Negeri  Kedah  dilaksanakan  bermula
       pada 19 Mac 2017 hingga 5 Mei 2017. Ia dijalankan di
       beberapa buah sekolah rendah dan menengah terpilih
       di  daerah  Kulim,  Bandar  Baharu,  Kuala  Muda,  Yan,
       Baling,  Sik,  Pendang,  Kota  Setar,  Kubang  Pasu  dan
       Langkawi.  Pengumpulan  data  iaitu  melalui  sesi
       temubual  oleh  Pegawai  Sains  Pemakanan  Negeri
       Kedah.

       NHMS  ialah  satu  kajian  yang  dijalankan  oleh  Institut
       Kesihatan  Umum,  Kementerian  Kesihatan  Malaysia                Sesi Bergambar Bersama Kumpulan Penyelidik
       untuk  mendapatkan  maklumat  berkaitan  status
       kesihatan  masyarakat  di  Malaysia.  NHMS  dijalankan
       secara berkala mengikut keperluan semasa berdasarkan
       masalah  kesihatan  yang  paling  utama  dan  juga
       kumpulan  sasaran.  Bagi  NHMS  2017,  topik  utama
       adalah  tingkah  laku  berisiko  yang  menyebabkan
       masalah  kesihatan  dan  amalan  pemakanan  di
       kalangan remaja di Malaysia.





                                                                            Sesi temubual yang dijalankan oleh
                                                                          Pegawai Sains (Pemakanan) Negeri Kedah


        11
   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17