ADVOKASI PEMAKANAN SIHAT DI TAMAN ASUHAN KANAK-KANAK (TASKA)
PENGENALAN
Pemakanan di peringkat bayi dan kanak-kanak akan mempengaruhi corak dan status pemakanan apabila dewasa kelak. Kanak-kanak yang berada di Taska adalah berumur antara 2 bulan hingga bawah 5 tahun. Bayi dan kanak-kanak pada peringkat umur ini memerlukan jumlah tenaga dan nutrien yang mencukupi bagi membantu dan menyokong pertumbuhan fizikal dan mental yang optimum. Bayi dan kanak-kanak yang dihantar ke Taska akan menghabiskan masa hampir 6 hingga 10 jam di situ. Oleh itu, selain ibu bapa, pendidik dan pengasuh juga memainkan peranan penting dalam memupuk amalan pemakanan sihat kepada kanak-kanak.
OBJEKTIF
- Memastikan bayi dan kanak-kanak mendapat makanan yang seimbang dan bersesuaian mengikut keperluan dan umur melalui cadangan menu di Taska.
- Meningkatkan pengetahuan berkaitan pemakanan kepada kumpulan sasar; kanak-kanak, ibu bapa, pendidik dan pengasuh melalui advokasi secara berkala melalui advokasi yang berterusan di media cetak, media elektronik dan lapangan.
- Menggalakkan penglibatan ibu bapa dalam aktiviti pemakanan di Taska.
- Meningkatkan kemahiran penyediaan makanan bayi dan kanak-kanak kepada ibu bapa, pendidik/pengasuh dan penyedia makanan melalui kursus dan latihan.
- Memantau status pemakanan bayi dan kanak-kanak di Taska.
BAHAN TERBITAN
Infografik
- Kunci Pemakanan Sihat
- Hidangan Untuk Si Manja
- Awasi Waktu Makan Anak Anda
- Snek Sihat untuk Si Manja
- Ketahui Apa yang Anak Anda Makan
- Anak Cerewet Makan Sayur?
- Jadilah Ibu Bapa yang Kreatif
- Ketahui Saiz Hidangan Buah untuk Anak Anda
- Ketahui Kebaikan Air Kosong kepada Anak Anda
Buku
- Garis Panduan Perancangan Menu di Taska
- Panduan Pengendalian dan Pemberian Susu yang Selamat di Pusat Jagaan dan Taska
- Modul Latihan Penyediaan Makanan di Taska, Tabika dan Pra Sekolah
Poster
- Contoh Sukatan Makanan Bayi dan Kanak-kanak
Permainan Interkatif
- Dam Ular Gergasi
- Permainan Magnetik Pinggan Sihat Saya
PERTANYAAN LANJUT, SILA HUBUNGI:
Pn Intan Hartini Binti Ahmad Bidin
intanhartini@moh.gov.my
03-88924458