• Theme :
  • +100%-

TATA ETIKA PEMASARAN MAKANAN BAYI DAN PRODUK BERKAITAN

Laman Utama > Program Pemakanan > Promosi Pemakanan > Tata Etika Pemasaran Makanan Bayi dan Produk Berkaitan

PENGENALAN

Susu ibu merupakan makanan yang terunggul bagi bayi di mana ia mengandungi semua keperluan untuk tumbesaran bayi yang optima. Namun, penghasilan produk susu formula bayi serta promosi produk gantian susu ibu tersebut yang agresif oleh pengilang produk makanan bayi boleh mempengaruhi kepercayaan ibu untuk menyusukan anak-anak mereka. Pelbagai bentuk pemasaran digunakan oleh industri formula untuk mempengaruhi ibu-ibu seperti iklan yang mengelirukan, pemberian sampel dan hadiah percuma serta edaran pelbagai risalah dan kajian kepada profesional kesihatan yang menunjukkan susu gantian adalah “lebih baik atau hampir sama dengan susu ibu” didapati menggugat amalan penyusuan susu ibu. Rentetan ini, pelaksanaan Tata Etika amat diperlukan bagi melindungi, menyokong serta mempromosikan amalan penyusuan susu ibu melalui pengawalan tekanan pemasaran produk-produk makanan bayi dan peralatan penyusuan bayi ke atas ibu-ibu.

Tata Etika ini dihasilkan dengan kerjasama industri-industri susu yang beroperasi di Malaysia. Tata Etika untuk Produk Susu Formula Bayi telah diterbitkan pada tahun 1995 sebagai pindaan kali ke-3 berdasarkan beberapa keperluan perubahan mengikut situasi negara.

Edisi terbaru buku tersebut dinamakan Tata Etika Pemasaran Makanan Bayi Dan Produk Berkaitan, dan telah dilancarkan pada 1 Ogos 2008 oleh Yang Berhormat Menteri Kesihatan Dato’ Liow Tiong Lai. Tata Etika ini merangkumi panduan amalan etika dan pemberian maklumat berkaitan produk-produk tersenarai iaitu:-

OBJEKTIF

Matlamat Tata Etika adalah untuk menyumbang kepada promosi pemakanan yang selamat dan optima bagi bayi dengan melindungi dan mempromosikan penyusuan susu ibu dan memastikan penggunaan produk gantian susu ibu yang betul (sekiranya perlu) dengan menyediakan informasi yang mencukupi melalui kaedah pemasaran dan pengedaran yang terkawal.

BAHAN TERBITAN
  • Buku Tata Etika Pemasaran Makanan Bayi dan Produk Berkaitan
Pertanyaan lanjut, sila hubungi:

Puan Siti Adibah Ab. Halim
sitiadibah_halim@moh.gov.my
03-88924464

AKTIVITI

Di antara aktiviti yang dilaksanakan ialah:

  • Penapisan dan pemberian kod kelulusan kepada bahan-bahan maklumat produk seperti label produk serta risalah dan iklan untuk profesional kesihatan. Penapisan dijalankan oleh Jawatankuasa Penapisan Tata Etika Pemasaran Makanan Bayi dan Produk Berkaitan.
  • Pemantauan pematuhan kepada amalan etika oleh industri susu dan anggota serta professional kesihatan.
  • Menjalankan tindakan disiplin ke atas pelanggaran Tata Etika yang dilaporkan. Penalti yang dikenakan bergantung kepada tahap dan kekerapan perlanggaran Tata Etika.

Mana-mana satu atau gabungan penalti berikut akan dikenakan iaitu:

  • Amaran bertulis dengan salinan kepada syarikat induk dan Pengerusi Jawatankuasa Tata Etika Pemasaran Makanan Bayi dan Produk Berkaitan peringkat negeri.
  • Penggantungan penapisan semua bahan baru untuk satu hingga 2 tahun.
  • Pemberitahuan kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan UNICEF.
  • Pemberitahuan kepada Persatuan Antarabangsa Pengeluar-Pengeluar Makanan Bayi.
  • Mengeluarkan kenyataan akhbar.
  • Senarai-hitam seperti memulaukan syarikat berkenaan dari tender-tender untuk masa datang bagi satu tempoh masa tertentu.

Latihan Pemantauan Tata Etika Pemasaran Makanan Bayi Dan Produk Berkaitan

  • Latihan Pemantauan Tata Etika Pemasaran Makanan Bayi dan Produk Berkaitan telah dijalankan pada 18-21 Oktober 2009 bertempat di Hotel Cryctal Crowne, Petaling Jaya. SeramaI 28 orang peserta yang terdiri daripada Pegawai Zat Makanan dan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran daripada setiap negeri telah menghadiri kursus tersebut.