• Theme :
  • +100%-

SEJARAH & LATAR BELAKANG

Laman Utama > Mengenai Kami > Sejarah & Latar Belakang

bangunan

Aktiviti pemakanan di Kementerian Kesihatan Malaysia bermula sejak tahun 50an di mana ianya telah diintegrasikan ke dalam Perkhidmatan Penjagaan Kesihatan Ibu dan Anak. Pada tahun 1974, jawatan Pegawai Sains Zat Makanan (PZM) yang pertama telah diwujudkan di bawah Unit Kesihatan Ibu dan Kanak-kanak peringkat Ibu pejabat, Kementerian Kesihatan Malaysia. Bermula tahun 1977, jawatan PZM semakin berkembang dan mula diwujudkan di peringkat negeri. Berlatarbelakangkan ijazah dalam bidang pemakanan, profesion PZM menjadi peneraju utama program pemakanan di Malaysia.

Cawangan Pemakanan diwujudkan pada tahun 1995 di bawah Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga. Cawangan ini ketika itu, mempunyai tiga unit iaitu:

  • – Unit Perancangan dan Pembangunan Pemakanan
  • – Unit Pemulihan Pemakanan
  • – Unit Promosi Pemakanan

Cawangan Pemakanan telah dinaik taraf kepada Bahagian Pemakanan mulai 16 Oktober 2009 dengan diketuai oleh Pengarah Bahagian. Penubuhan Bahagian ini bertujuan untuk meningkatkan lagi kualiti serta kebolehdapatan perkhidmatan pemakanan sehingga ke segenap lapisan masyarakat.

Seiring dengan perkembangan perkhidmatan pemakanan dan penubuhan Bahagian Pemakanan, dua cawangan telah ditubuhkan iaitu Cawangan Polisi dan Standard Pemakanan dan Cawangan Operasi Pemakanan. Cawangan Polisi dan Standard Pemakanan terdiri daripada Unit NPANM, Unit Pembangunan Profesional dan Unit Standard dan Kualiti. Cawangan Operasi Pemakanan pula merangkumi Unit Promosi Pemakanan, Unit Pemulihan Pemakanan dan Unit Pengawasan Pemakanan.

Pada tahun 2011, nama jawatan Pegawai Sains Zat Makanan telah ditukar kepada Pegawai Sains Pemakanan selari dengan perkhidmatan pemakanan semasa.

FUNGSI BAHAGIAN

  • Merancang, membangun, melaksana, memantau dan menilai program pemakanan dalam empat aspek iaitu perancangan, pengawasan, promosi dan pemulihan pemakanan.
  • Pembangunan, advokasi dan pelaksanaan Dasar Pemakanan Kebangsaan.
  • Pelaksanaan, pemantauan dan penilaian Pelan Tindakan Pemakanan Kebangsaan Malaysia (NPANM).
  • Menyediakan perkhidmatan pemakanan komprehensif kepada individu, keluarga dan masyarakat untuk menggalakkan amalan pemakanan sihat.