• Theme :
  • +100%-

PUSAT MAKLUMAT PEMAKANAN (PMP)

Laman Utama > Program Pemakanan > Promosi Pemakanan > Pusat Maklumat Pemakanan (PMP)

pengenalan

Pusat Maklumat Pemakanan merupakan sebuah pusat yang berfungsi menyebarkan maklumat pemakanan yang tepat dan terkini kepada rakyat. Ianya juga menyediakan kemudahan pembelajaran mengenai pemakanan dengan menggunakan teknologi yang terkini, berkesan dan mesra pelanggan. Pusat Maklumat Pemakanan juga merupakan pusat rujukan pemakanan bagi organisasi dalam dan luar Kemententerian Kesihatan Malaysia. Direktori Pusat Maklumat Pemakanan seluruh Malaysia boleh diperolehi di sini.

objektif

Objektif Am :

  • Meningkatkan taraf pemakanan masyarakat melalui penyebaran maklumat pemakanan

Objektif Khusus :

  • Menyebarkan maklumat pemakanan terkini kepada masyarakat
  • Meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan amalan makan secara sihat
  • Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran masyarakat dalam mengamalkan makan secara sihat
  • Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran masyarakat dalam pengurusan berat badan
AKTIVITI YANG DIJALANKAN
  • Pameran Pemakanan
  • Saringan Status Berat
  • Runding Cara Pemakanan
  • Edaran Bahan Pendidikan
  • Kem Pengurusan Berat Badan
  • Senamrobik
Galeri Aktiviti
Pertanyaan lanjut, sila hubungi:

Puan Nur Shafawati Mohd Ghazali
shafawati_ghazali@moh.gov.my
03-88924473