• Theme :
  • +100%-

PROMOSI PENYUSUAN SUSU IBU

Laman Utama > Program Pemakanan > Promosi Pemakanan > Promosi Penyusuan Susu Ibu

PENGENALAN

Penyusuan susu ibu adalah merupakan satu-satunya makanan kepada bayi dari lahir sehingga berumur enam bulan. Makanan pelengkap dimulakan pada usia bayi berumur enam bulan. Sehubungan itu, promosi penyusuan susu ibu merupakan salah satu aspek penting dalam konteks pemakanan bayi dan kanak-kanak serta dalam mempromosikan penyusuan susu ibu.

Promosi penyusuan susu ibu merupakan usaha penting Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam usaha untuk meningkatkan amalan penyusuan susu ibu di kalangan para ibu di Malaysia. Polisi Penyusuan Susu Ibu Malaysia menyatakan “Semua Ibu digalakkan menyusui anaknya dengan susu ibu sahaja dari lahir sehingga berumur enam bulan dan meneruskannya sehingga mencapai umur dua tahun”. Sebagai usaha untuk memastikan bahawa setiap bayi yang lahir diberi susu ibu sahaja dari lahir sehingga umurnya mencapai enam bulan, peratus bayi pada umur enam bulan yang menyusu susu ibu secara ekslusif dipantau secara berterusan di klinik kesihatan yang menyediakan perkhidmatan ibu dan anak di seluruh Negara.

Pelbagai medium yang digunakan dalam mempromosikan penyusuan susu ibu, antaranya adalah melalui media massa, kemudahan kesihatan, pertubuhan masyarakat setempat dan bermacam-macam lagi. Aktiviti-aktiviti yang dirancang adalah mengikut keadaan semasa bagi memastikan promosi penyusuan susu ibu berkesan kepada semua lapisan ibu di Negara kita tanpa mengira adat, bangsa, agama dan sosio ekonomi mereka. Ini adalah penting bagi memastikan para ibu merasakan tiada halangan bagi mereka untuk menyusukan bayi mereka tanpa mengira apa jua keadaan pun.

OBJEKTIF

  • Mempromosikan penyusuan ibu di kalangan ibu-ibu di seluruh Negara.
  • Memberi pengetahuan kepada para ibu tentang kebaikan dan kepentingan penyusuan susu ibu kepada ibu dan anak.
  • Memberi pengetahuan kepada para ibu tentang teknik-teknik penyusuan yang berkesan.
  • Memberi pengetahuan kepada ibu tentang kepentingan penyusuan susu ibu mengikut kehendak bayi (on-demand) atau dorongan bayi (baby-led feeding) atau apabila bayi menunjukkan tanda-tanda ingin menyusu (feeding cues).
  • Memberi pengetahuan kepada para ibu bagaimana untuk mengekalkan penyusuan susu ibu sekiranya berjauhan dari anak.

AKTIVITI YANG DIJALANKAN

Promosi penyusuan susu ibu di media massa

  • Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia (1 hingga 7 Ogos 2015)

Promosi penyusuan susu ibu di kemudahan kesihatan :

  • Pelaksanaan Inisiatif Hospital Rakan Bayi (BFHI)
  • Perlaksanaan Inisiatif Klinik Rakan Bayi (KRB)
  • Perlaksanaan pemantauan Tata Etika Pemasaran Makanan Bayi dan Produk Berkaitan
  • Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu (1 hingga 7 Ogos 2015)
  • Latihan penyusuan susu ibu kepada anggota kesihatan
  • Kemudahan fasiliti untuk menyusukan – Bilik Penyusuan
  • Pameran dan aktiviti-aktiviti tentang Penyusuan Susu Ibu
  • Pendidikan penyusuan kepada ibu hamil dan ibu postnatal
  • Ceramah penyusuan kepada ibu hamil dan ibu postnatal
  • Kaunseling penyusuan kepada para ibu
  • Pengedaran bahan pendidikan penyusuan kepada para ibu

Promosi penyusuan susu ibu melalui masyarakat setempat :

  • Penubuhan Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu

Promosi Penyusuan Susu Ibu di media massa : Slot Bella

Promosi Penyusuan Susu Ibu di kemudahan kesihatan

Promosi Penyusuan Susu Ibu : Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Peringkat Kebangsaan

PERTANYAAN LANJUT, SILA HUBUNGI:

Rashadiba Binti Ibrahim @ Rahman
rashadiba@moh.gov.my
03 – 88924453

Nur Shafawati Binti Mohd.Ghazali
shafawati_ghazali@moh.gov.my
03 – 88924470