Promosi Pemakanan Sihat Murid Tabika/ Prasekolah dan Sekolah

PROMOSI PEMAKANAN SIHAT MURID TABIKA/ PRASEKOLAH DAN SEKOLAH

PENGENALAN

Selaras dengan strategi yang telah digariskan di dalam Pelan Tindakan Pemakanan Kebangsaan Malaysia 2016-2025 (NPANM III), pelbagai aktiviti telah dijalankan dan pelbagai bahan pendidikan pemakanan sihat telah dibentuk. Tujuan promosi pemakanan sihat ini dijalankan adalah untuk menggalakkan amalan pemakanan sihat di kalangan murid, ibu bapa serta warga prasekolah/ tabika dan sekolah.

Antara aktiviti promosi pemakanan yang dijalankan adalah melalui ceramah, bimbingan, latihan, bengkel dan seminar yang disasarkan kepada murid, ibu bapa, guru serta warga prasekolah/ tabika dan sekolah. Selain itu, pelbagai bahan pendidikan pemakanan telah dihasilkan berbentuk infografik, risalah, poster, lembaran aktiviti, video animasi, apron sistem pencernaan manusia (alat bantu mengajar) dan permainan interaktif untuk digunakan di prasekolah/ tabika dan sekolah.

Kesemua bahan tersebut telah dihebahkan melalui media sosial serta turut diedarkan ke semua Jabatan Kesihatan Negeri dan agensi yang berkaitan iaitu Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Kementerian Perpaduan Negara, Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Majlis Amanah Rakyat (MARA), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Maktab Tentera Diraja (MTD).

BAHAN TERBITAN

Infografik

  • Kunci Pemakanan Sihat
  • Hidangan untuk Si Manja
  • Awasi Waktu Makan Anak Anda
  • Snek Sihat untuk Si Manja
  • Ketahui Apa yang Anak Anda Makan
  • Anak Cerewet Makan Sayur
  • Jadilah Ibu Bapa yang Kreatif
  • Berikan Anak Anda Susu atau Produk Tenusu Setiap Hari
  • Ketahui Saiz Hidangan Buah untuk Anak Anda
  • Ketahui Kebaikan Air Kosong kepada Anak Anda
  • Air Kosong
  • Kepentingan Minum Susu
  • Terapkan Amalan Pemakanan Sihat
  • Kepentingan Sarapan Pagi
  • 5 Makanan Tinggi Kalori
  • 500kcal Banyak Mana Tu
  • Berapa Jumlah Yang Saya Boleh Makan Sehari
  • Langkau Waktu Makan

Lembaran Aktiviti

  • Makanan Sumber Kalsium
  • Bijak Berbelanja

Risalah

  • Jagalah badan

Poster

  • Hidup Aktif Badan Sihat
  • Jauhi Makanan Ini kerana…Elakkan Makanan Ringan & Makanan Segera!
  • Jika Saya Makan Secara Tidak Sihat…
  • Jika Saya Tidak Makan Makanan Berkhasiat…
  • Makan Buah & Sayur Pelbagai Warna Setiap Hari!
  • Apa Itu Snek?

Video

  • Animasi Jom Minum Air Kosong
  • Animasi Sarapan Sihat
  • Animasi Makanan Berkhasiat

Permainan Interaktif

  • Double 2 R
PERTANYAAN LANJUT, SILA HUBUNGI

Tabika/ Prasekolah
Puan Noor Faezah Abdul Jalil
faezahjalil@moh.gov.my
03-8892 4481

Sekolah Rendah
Puan Siti Nur’ Hidayah Adznam
hidayah.adznam@moh.gov.my
03-8892 4463

Sekolah Menengah
Puan Nuurdiana Mohd Rafien
nuurdiana@moh.gov.my
03-8892 4479