• Theme :
  • +100%-

PROMOSI PEMAKANAN SIHAT DI PASAR RAYA

Laman Utama > Program Pemakanan > Promosi Pemakanan > Promosi Pemakanan Sihat Di Pasar Raya

pengenalan

Pasar raya merupakan tempat tumpuan orang ramai untuk mendapatkan bekalan makanan seisi keluarga. Oleh itu, pemilihan bahan makanan di pasar raya boleh menentukan jenis makanan yang dimakan di rumah dan seterusnya boleh mempengaruhi tahap kesihatan keluarga. Aktiviti Promosi Pemakanan Sihat Di Pasar Raya merupakan satu aktiviti pendidikan pemakanan sihat yang menggunakan pendekatan yang inovatif dan menarik. Aktiviti ini diwujudkan bagi memenuhi keperluan orang ramai mendapatkan maklumat pemakanan yang tepat semasa membuat pemilihan makanan di pasar raya. Program ini telah dirasmikan oleh YB Dato’ Seri Liow Tiong Lai, Menteri Kesihatan Malaysia pada 8 Oktober 2011 bertempat di pasar raya besar Giant Shah Alam.

OBJEKTIF

Objektif Umum:

  • Untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pengguna tentang pemakanan sihat.

Objektif Khusus:

  • Untuk menerapkan amalan pemakanan yang sempurna dan pemakanan sihat ke dalam kehidupan harian melalui cara yang praktikal.
  • Untuk menyebarkan mesej-mesej makan secara sihat kepada pengunjung pasar raya.
  • Untuk menyediakan maklumat pemakanan di tempat pemilihan makanan dilakukan.
  • Untuk mendidik pengguna membuat pilihan makanan yang lebih bijak.
  • Untuk meningkatkan kesedaran individu dan masyarakat terhadap kepentingan, faedah dan peluang untuk mengamalkan makan secara sihat.
  • Untuk meningkatkan bilangan orang ramai yang mengamalkan makan secara sihat.
Aktiviti

Kembara Pemakanan Sihat Di Pasar Raya merupakan aktiviti utama dalam Promosi Pemakanan Sihat Di Pasar Raya. Dalam aktiviti ini, peserta akan dibawa mengembara ke seksyen-seksyen makanan mengikut kumpulan makanan. Aktiviti ini dikendalikan oleh 2 orang pemandu kembara yang terdiri daripada Pegawai Sains Pemakanan dan Pegawai Teknologi Makanan atau Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran. Bilangan peserta yang disarankan ialah seramai 10 – 20 orang peserta.

Dalam aktiviti ini, para peserta dikehendaki mengisi borang pra kembara pemakanan sihat di pasar raya sebelum kembara dijalankan. Seterusnya, para peserta akan dibawa mengembara ke lima seksyen utama sambil diberi penerangan oleh PSP. Lima seksyen tersebut seperti berikut:

Seksyen 1 : Seksyen Beras

Seksyen ini mewakili makanan pada aras pertama Piramid Makanan Malaysia iaitu kumpulan nasi, mi, roti, bijirin, produk bijirin dan ubi-ubian.

Seksyen 2 : Seksyen Sayur-Sayuran dan Buah-Buahan

Seksyen ini mewakili makanan pada aras kedua Piramid Makanan Malaysia iaitu kumpulan sayur-sayuran dan buah-buahan.

Seksyen 3 : Seksyen Ikan

Seksyen ini mewakili makanan pada aras ketiga Piramid Makanan Malaysia iaitu kumpulan ikan, ayam, daging, telur, kekacang, susu dan produk tenusu.

Seksyen 4 : Seksyen Minyak

Seksyen ini mewakili makanan pada aras keempat Piramid Makanan Malaysia iaitu kumpulan lemak, minyak, gula dan garam.

Seksyen 5 : Seksyen Membaca Label

Seksyen ini boleh dilakukan di peti sejuk yang meletakkan susu dan produk tenusu. Seksyen ini memberi pendidikan kepada peserta mengenai label dan cara membaca label.

Setelah selesai mengembara ke lima seksyen, para peserta diminta untuk mengisi borang pasca penilaian untuk menilai pengetahuan mereka.

BAHAN TERBITAN
  • Buku Panduan Membeli Belah Makanan Secara Sihat
  • Risalah kembara Pemakanan Sihat Di Pasar Raya
  • Risalah Betik
  • Risalah Sawi
Pertanyaan lanjut, sila hubungi:

Puan Surainee Wahab
surainee@moh.gov.my
03-88924457

atau

Puan Norfahimah Mohd Norddin
fahimah@moh.gov.my
03-88924474