• Theme :
  • +100%-

PROGRAM RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN (RMT)

Laman Utama > Program Pemakanan > Promosi Pemakanan > Program Rancangan Makanan Tambahan (RMT)

Pengenalan

RMT telah dikelola, diselia dan dilaksanakan sepenuhnya oleh Kementerian Pendidikan Malaysia bermula tahun 1979. Rancangan Makanan Tambahan (RMT) adalah untuk memberi makanan tambahan kepada murid-murid sekolah rendah, terutamanya dari luar bandar dan golongan berpendapatan rendah, secara imbuhan untuk sementara waktu, bagi memperbaiki keadaan kesihatan, fizikal dan amalan pemakanan. Usaha ini juga adalah untuk membantu murid-murid meningkatkan prestasi kehadiran dan akademik mereka di sekolah selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM).

Tempoh pelaksanaan RMT adalah tidak melebihi 190 hari persekolahan dengan peruntukan sebanyak RM2.50 bagi seorang murid sehari di Semenanjung Malaysia dan RM3.00 bagi seorang murid sehari di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan (bermula tahun 2015). Program RMT akan bermula pada hari pertama persekolahan bagi murid tahun 2 hingga tahun 6. Bagi murid Tahun 1 dan murid cicir, RMT akan diberikan bermula hari pertama persekolahan bagi bulan Februari tahun semasa.

Objektif
  • Untuk memberi makanan tambahan yang berzat dan seimbang kepada murid-murid yang berkenaan untuk membantu mereka mengatasi pelbagai masalah dari segi pertumbuhan badan dan kekurangan tenaga.
  • Untuk menyelenggarakan pendidikan kesihatan dan pemakanan secara langsung dan tidak langsung.
  • Untuk memupuk budaya sopan santun, disiplin, timbang rasa serta amalan-amalan yang diingini berkaitan dengan kebersihan diri, kebersihan makanan dan kebersihan alam sekitar.
  • Untuk memperkasakan Amalan Makanan dan Pemakanan kerana program ini mendapat sambutan yang baik oleh masyarakat.
  • Untuk menggalakkan penglibatan dan penyertaan masyarakat dalam usaha-usaha sekolah, terutama Program RMT.
Pertanyaan lanjut, sila hubungi:

Puan Ainan Nasrina Ismail
ainan_nasrina@moh.gov.my
03-88924463