PROGRAM PENGURUSAN BERAT BADAN TRIM & FIT

PENGENALAN

Program Pengurusan Berat Badan Trim & Fit telah dijalankan bermula tahun 2012 yang merupakan program intervensi di tempat kerja kepada individu yang obes. Program ini dilaksanakan selama 6 bulan di jabatan/ agensi tempat kerja.

OBJEKTIF PROGRAM
    1. Memberi kesedaran kepada peserta mengenai risiko obesiti serta kaitannya dengan penyakit tidak berjangkit. 
    2. Memberi pengetahuan dan kemahiran kepada peserta dalam  pengurusan berat badan yang sihat dan selamat melalui melibatkan amalan pemakanan yang sihat,  rutin aktiviti fizikal serta motivasi diri. 
    3. Mencapai penurunan berat badan sebanyak 10% daripada berat badan asal dalam tempoh enam bulan program.
KUMPULAN SASARAN

Warga kerja yang mempunyai IJT di antara 30.0 kg/m2 hingga 35.0 kg/m2 (Obes Tahap 1), berminat dan bersetuju mengikuti segala aktiviti intervensi di sepanjang program.

AKTIVITI INTERVENSI YANG DIJALANKAN

Komponen Pemakanan

  1. Ceramah pemakanan
  2. Runding cara pemakanan (RCP)
  3. Aktiviti Pemakanan Sihat di Pasaraya 
  4. Demonstrasi Masakan
  5. Pemantauan kendiri MyNutriDiari 2
  6. Makan Sihat Weekly Challenge

Komponen Aktiviti Fizikal & Rekreasi

  1. Senaman mingguan berkumpulan
  2. Aktiviti Mendaki Bukit
  3. Fun Run/ Fun Walk
  4. Aktiviti Rekreasi Berkumpulan – Nutri Hunt (treasure hunt), aquarobik
  5. Pertandingan Sukan berkumpulan – futsal, fitballrobik

Komponen Motivasi

  1. Seminar motivasi
  2. Sharing session testimoni yang berjaya
  3. Latihan dalam kumpulan

Bahan Penerbitan

  1. Garis Panduan Program Pengurusan Berat Badan Trim & Fit 
  2. Modul Program Pengurusan Berat Badan Trim & Fit
PERTANYAAN LANJUT, SILA HUBUNGI:

Sektor Kawalan Obesiti dan Penyakit Tidak Berjangkit Berkaitan Pemakanan
Cawangan Pemakanan Komuniti dan Inter-agensi
Bahagian Pemakanan