• Theme :
  • +100%-

PROGRAM PENGAWASAN PEMAKANAN

Laman Utama > Program Pemakanan > Program Pengawasan Pemakanan

PENGENALAN

Program Pengawasan Pemakanan telah bermula pada tahun 1980-an di mana satu Sistem Pengawasan Pemakanan Kebangsaan telah dibangunkan pada ketika itu. Masalah kekurangan zat makanan teruk di kalangan kanak-kanak di bawah umur enam tahun telah dikenal pasti melalui Sistem ini. Pada tahun 1989, Program Pemulihan Kanak-Kanak Kekurangan Zat Makanan telah diujudkan sebagai strategi bagi mengatasi masalah tersebut.

Pada tahun 2006, Sistem Pelaporan HMIS e-reporting telah dibentuk sebagai satu startegi untuk meningkatkan keberkesanan pengumpulan data taraf pemakanan melalui kerjasama dengan pihak Pusat Informatik Kesihatan.

Pengawasan pemakanan kanak-kanak bawah lima tahun merupakan salah satu aktiviti yang dijalankan di bawah Program Pengawasan Pemakanan melalui Sistem Pengawasan Pemakanan Kebangsaan. Sistem ini menggunakan indikator berat-untuk-umur sebagai petunjuk taraf pemakanan kanak-kanak bawah lima tahun yang hadir ke klinik kesihatan. Rujukan yang diguna pakai ialah The National Center for Health Statistics (NCHS) yang merupakan rujukan piawai untuk perbandingan di peringkat antarabangsa.

Pada tahun 2006, Penggunaan Standard Pertumbuhan Kanak-Kanak Bawah Lima Tahun yang telah dibentuk oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah dipersetujui untuk menggantikan rujukan NCHS bagi menilai pertumbuhan kanak-kanak. Penggunaan Standard Pertumbuhan WHO, 2006 ini telah diintegrasikan ke dalam Buku Rekod Kesihatan Bayi dan Kanak-Kanak (0-6 Tahun).

Pada tahun 2007, Rujukan Pertumbuhan WHO, 2007 bagi menilai pertumbuhan kanak-kanak berumur 5 hingga 19 tahun telah dipersetujui penggunaannya untuk menggantikan rujukan CDC, 2000. Ini bagi memastikan kesinambungan dalam pengawasan kanak-kanak dari lahir hingga berumur 5 tahun dapat diteruskan hingga peringkat dewasa. Rujukan WHO, 2007 ini telah diintegrasi ke dalam Buku Rekod Kesihatan Murid yang diterbitkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia bermula pada tahun 2009.

objektif

Menyediakan satu sistem pengawasan pemakanan yang berkesan dan mantap dalam mengawasi taraf pemakanan penduduk bagi membantu pembentukan dan penilaian semula dasar pemakanan kebangsaan serta perancangan dan penilaian program-program pemakanan.

aktiviti yang dijalankan

Menyemak kualiti reten pemakanan yang diterima daripada Pusat Informatik Kesihatan (PIK), Jabatan Kesihatan Negeri dan Industri iaitu:

Reten pemakanan yang dipantau melalui Sistem Pengawasan Pemakanan di bawah Sistem Maklumat Pengurusan Kesihatan (E- Reporting HMIS):

  • Taraf Pemakanan Kanak-kanak Bawah Lima Tahun.
  • Pencapaian Program Pemulihan Kanak-kanak Kekurangan Zat Makanan
  • Pengedaran Susu Tepung Penuh Krim

Reten berkaitan pemakanan di Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga yang dipantau bawah Sistem Maklumat Pengurusan Kesihatan:

  • Status Pemakanan Murid Sekolah
  • Status Pemakanan Remaja
  • Tahap Hemoglobin di kalangan Ibu Antenatal yang hadir ke klinik kesihatan pada 36 minggu kehamilan.

Reten pemakanan yang dipantau bukan di bawah Sistem Maklumat Pengurusan Kesihatan.

  • Amalan Penyusuan Susu Ibu Bayi Berumur 4 Bulan.
  • Amalan Penyusuan Susu Ibu Bayi Berumur 6 Bulan.
  • Amalan Pengenalan Makanan Pelengkap Bagi Bayi Berumur 8 Hingga < 10 Bulan.
  • Bilangan Produk Makanan yang dikurangkan Sodium

Menganalisis reten-reten pemakanan dan menyediakan output anali

bahan terbitan
  • Garis Panduan Penggunaan Buku Rekod Kesihatan Bayi dan Kanak-Kanak (0-6 tahun), Kad Simpanan Klinik dan Carta Pertumbuhan WHO (2006), Carta Lilitan Kepala CDC (2000)

PERTANYAAN LANJUT, SILA HUBUNGI

Puan Junidah Raib | junidah@moh.gov.my | 03-88924456