• Theme :
  • +100%-

PROGRAM PENCEGAHAN & KAWALAN GANGGUAN AKIBAT KEKURANGAN IODIN (IDD)

Laman Utama > Program Pemakanan > Pemulihan Pemakanan > Program Pencegahan & Kawalan Gangguan Akibat Kekurangan Iodin (IDD)

Pengenalan

Iodin merupakan nutrien yang penting bagi fungsi normal tiroid, tumbesaran dan perkembangan. Iodin diperlukan bagi pembentukkan 2 jenis hormon tiroid yang berfungsi mengawal aturan suhu badan, kadar metabolik asas, pembiakan dan pertumbuhan. Kekurangan iodin di dalam diet dikaitkan dengan pelbagai gejala kesihatan yang dipanggil gangguan akibat kekurangan iodin (Iodine Deficiency Disorders, IDD).

Kesan kekurangan iodin bergantung kepada keterukan dan tahap perkembangan di mana gejala kesihatan akibat kekurangan iodin adalah meluas dari kerosakkan intelektual hingga terencat akal yang teruk serta kretinisme di kalangan kanak-kanak, hipotiroidisme (di mana pengeluaran hormon tiroid di bawah paras normal), kekurangan iodin yang berpanjangan boleh menyebabkan muka menjadi sembab atau bengkak dan goiter.

Kajian Kawalan dan Pencegahan Gangguan Akibat Kekurangan Iodin (IDD) Kebangsaan (1995) yang dijalankan di kalangan kanak-kanak sekolah yang berumur di antara 8 – 10 tahun di seluruh Negara mendapati bahawa prevalen goiter dalam kalangan kanak-kanak sekolah di Semenanjung Malaysia adalah 2.2 % manakala Sabah adalah 17.9 % dan di Sarawak adalah 0.4 %. Walau bagaimanapun terdapat beberapa negeri di Semenanjung Malaysia yang prevalen goiternya melebihi 5 % dan ini menyebabkan keputusan dibuat untuk melaksanakan Program Pencegahan dan Kawalan Gangguan Akibat Kekurangan Iodin (IDD) secara menyeluruh di negeri-negeri yang telah dikenalpasti bermasalah.

Selain itu, pelbagai strategi dan aktiviti telah dirancang dan dilaksanakan bagi mengatasi masalah IDD di Semenanjung Malaysia. Program seperti agihan garam beriodin kepada ibu hamil dan kanak-kanak kekurangan zat makanan di Perlis dan daerah tertentu Kedah, Perak, Pahang, Terengganu dan Kelantan. Di samping itu, pendidikan serta runding cara pemakanan berkenaan kesihatan diberi dalam meningkatkan taraf pemakanan mereka turut diberi perhatian dalam membasmi masalah ini.

BAHAN TERBITAN

  • Garis Panduan Program Pencegahan dan Kawalan Gangguan Akibat Kekurangan Iodin (IDD)

Pertanyaan lanjut, sila hubungi:

Encik Mohamad Soffian Mohamad Rasid
soffian@moh.gov.my
03-88924461