PROGRAM PEMULIHAN KANAK-KANAK KEKURANGAN ZAT MAKANAN (PPKZM)

Laman Utama > Program Pemakanan > Pemulihan Pemakanan > Program Pemulihan Kanak-Kanak Kekurangan Zat Makanan (PPKZM)

pengenalan

Program Pemulihan Kanak-Kanak Kekurangan Zat Makanan (PPKZM) telah dilancarkan pada tahun 1989 sebagai usaha kerajaan untuk meningkatkan taraf kesihatan dan status pemakanan kanak-kanak berusia 6 bulan hingga bawah 6 tahun daripada keluarga miskin tegar merujuk kepada Paras Garis Kemiskinan 2009. Dalam program ini, kanak-kanak yang memenuhi kriteria kelayakan diberi bantuan makanan untuk membantu mereka memperolehi makanan yang seimbang dan berkhasiat, supaya dapat mencapai pertumbuhan fizikal dan mental yang optima.Kanak-kanak yang terbabit juga akan diberi rawatan sekiranya menghidap sebarang penyakit, imunisasi, pendidikan kesihatan dan jagaan kesihatan serta pengawasan yang rapi.

 

 

****Gambar

PENCAPAIAN

Sepanjang lebih dua dekad program intervensi ini dilaksanakan, seramai 213, 558 orang kanak-kanak dalam kalangan miskin tegar, miskin dan mudah miskin telah menerima manfaat daripada bantuan bakul makanan ini. Kerajaan telah memperuntukkan sejumlah RM255.9 juta bagi memastikan usaha meningkatkan status pemakanan kanak-kanak ini dapat dilaksanakan.

Berdasarkan kajian penilaian program PPKZM bertajuk “An Evaluation Of The Programme For The Rehabilitation Of Undernourished Children From Hard-Core Poor Households” yang telah dijalankan pada tahun 2003, mendapati sebanyak 90% pelaksanaan program ini telah sampai kepada kumpulan sasaran iaitu kanak-kanak kekurangan zat makanan (KZM). Manakala, sebanyak 76% kes menunjukkan peningkatan berat badan. Melalui kajian rintis penilaian keberkesanan PPKZM yang telah dilaksanakan di Kelantan pada tahun 2006-2007 juga turut mendapati bahawa status pemakanan dan pengambilan nutrien kanak-kanak di bawah program semakin meningkat.

Program ini terbukti berkesan apabila peratus kanak-kanak pulih daripada program semakin meningkat iaitu sebanyak 8.5% pada tahun 1994 kepada 53.7% pada tahun 2015. Kejayaan ini ternyata memberi impak terhadap kesan sosio ekonomi keluarga tersebut dimana mereka turut dirujuk kepada agensi-agensi yang berkaitan bagi mendapatkan bantuan dan khidmat sokongan yang berada di luar bidang kuasa Kementerian Kesihatan.

*** Sila klik untuk muat turun Garis Panduan Program Pemulihan Kanak-kanak Kekurangan Zat Makanan

AKTIVITI YANG DIJALANKAN

***Gambar

Pertanyaan lanjut, sila hubungi:

Cik Norfaezah Ahmad
norfaezah@moh.gov.my
03-8892 4479

OBJEKTIF

Program PPKZM ini adalah bertujuan untuk meningkatkan status pemakanan kanak-kanak yang berumur di antara 6 bulan hingga bawah 6 tahun yang mengalami masalah kurang berat badan (KBB) sehingga dapat mencapai berat badan yang memuaskan