• Theme :
  • +100%-

PROGRAM PDK KU SIHAT

Laman Utama > Program Pemakanan > Pemulihan Pemakanan > Program PDK Ku Sihat

PENGENALAN

Program PDK Ku Sihat di Pusat Pemulihan dalam Komuniti (PDK) telah dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia bersama isteri pada 23 Jun 2012 di Pulau Carey, Selangor. Program ini merupakan inisiatif Badan Amal Dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri (BAKTI) dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Kementerian Kesihatan Malaysia. Program ini juga merupakan salah satu inisiatif Strategi Lautan Biru Kebangsaan Ke 7 (National Blue Ocean Strategy- NBOS) di bawah program 1 Malaysia Family Care.

Amalan pemakanan sihat dengan pengambilan makanan mengikut keperluan harian dapat menjamin tahap kesihatan yang optima. Faktor kekurangan atau berlebihan nutrien akan menyebabkan risiko penyakit yang berkaitan dengan pemakanan. Sehubungan dengan itu, pelaksanaan program PDK Ku Sihat akan memberI ruang kepada penyelia dan petugas untuk membudayakan cara hidup sihat di PDK serta mendidik pelatih di PDK mengamalkan pemakanan sihat dan menjadi lebih cergas dan cerdas melalui aktiviti fizikal yang konsisten.

Sehingga Disember 2012, terdapat 447 buah PDK di seluruh Malaysia dengan jumlah 17,961 pelatih di PDK. Dapatkan Direktori Senarai PDK mengikut Negeri di sini.

Objektif

  • Menggalakkan pelatih di PDK mengamalkan pemakanan sihat dan melakukan aktiviti fizikal dengan konsisten.
  • Mengurangkan masalah malpemakanan (berlebihan dan kekurangan pemakanan) dalam kalangan pelatih di PDK.

AKTIVITI YANG DIJALANKAN

  • Penilaian status pemakanan melalui pengukuran antropometri
  • Memberi rundingcara pemakanan bersama dengan ibubapa/ penjaga pelatih
  • Memberi ceramah pemakanan sihat kepada pelatih, ibubapa/ penjaga
  • Menjalankan demonstrasi memasak hidangan sihat kepada ibubapa/ penjaga
  • Mengadakan kembara pasaraya sihat di kalangan pelatih dan ibubapa/penjaga
  • Menjalankan latihan Katering Sihat kepada petugas PDK
  • Menjalankan teknikal
  • Membuat edaran bahan pendidikan
  • Mengadakan permainan interaktif dan aktiviti fizikal di kalangan pelatih

BAHAN TERBITAN