• Theme :
  • +100%-

PROGRAM MAKANAN TAMBAHAN SUSU TEPUNG PENUH KRIM

Laman Utama > Program Pemakanan > Pemulihan Pemakanan > Program Makanan Tambahan Susu Tepung Penuh Krim

PENGENALAN

Program makanan tambahan susu tepung penuh krim telah dimulakan sejak tahun 1970an. Pada mulanya, program ini merupakan program jangka pendek yang diperkenalkan untuk membantu memulihkan masalah pemakanan seperti kurang berat badan di kalangan kanak-kanak, ibu hamil, ibu menyusukan bayi serta kanak-kanak. Program ini diharapkan dapat menyumbang ke arah peningkatan taraf pemakanan dan kesihatan ibu antenatal, posnatal serta kanak-kanak.

OBJEKTIF

Objektif program adalah untuk membantu mencegah dan memulihkan masalah pemakanan seperti kurang berat badan dan kekurangan zat besi di kalangan kumpulan sasaran dengan membekalkan 1 kg susu tepung penuh krim selama sekurang-kurangnya 3 bulan.

Pertanyaan lanjut, sila hubungi:

Puan Fatimah Zurina Mohamad
fatimah_zurina@moh.gov.my
03-88924458

AKTIVITI YANG DIJALANKAN

Ibu antenatal dan posnatal yang menyusukan bayi perlu diberi bantuan 1 kg susu tepung penuh krim selama 3 bulan berturut turut. Walau bagaimanapun tempoh bantuan boleh dilanjutkan mengikut keadaan berikut:

BAHAN TERBITAN

Garis Panduan Pelaksanaan Program Makanan Tambahan Susu Tepung Penuh Krim Untuk Ibu Antenatal Dan Posnatal Serta kanak-kanak Dari Umur 6 Bulan Hingga 6 Tahun (2008).