• Theme :
  • +100%-

PROGRAM LATIHAN KHIDMAT NEGARA (PLKN)

Laman Utama > Program Pemakanan > Promosi Pemakanan > Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)

Pengenalan

Kementerian Kesihatan Malaysia dengan kerjasama Jabatan Latihan Khidmat Negara telah mengeluarkan Panduan Pemakanan dan Keselamatan Makanan di Kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) sebagai rujukan pihak bertanggungjawab di dalam menyediakan hidangan kepada pelatih PLKN. Satu borang pemantauan juga telah dibentuk bagi membantu Pegawai Sains (Pemakanan) memantau tahap penyediaan dan penghidangan sihat seperti yang disarankan di dalam garis panduan tersebut.

Objektif
  • Memastikan tahap Kesihatan pelatih Program Latihan Khidmat Negara yang optimum melalui penyediaan makanan yang sihat, selamat dan berkualiti.
  • Meningkatkan status pemakanan pelatih PLKN melalui pengambilan makanan yang berkhasiat dan seimbang.
  • Meningkatkan tahap kefahaman dan kemahiran pengendali makanan dalam penyediaan makanan secra sihat.
  • Menyediakan persekitaran yang menyokong amalan makanan secara sihat di kalangan pelatih, pengendali makanan dan pegawai kem.
  • Pemantauan penyediaan hidangan sihat ini adalah untuk menilai tahap penyediaan dan penghidangan makanan sihat di kem PLKN seluruh negara.
Bahan Terbitan
  • Panduan Pemakanan dan Keselamatan Makanan di Kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).
  • Borang pemantauan hidangan sihat di Kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)
Pertanyaan lanjut, sila hubungi:

Ainan Nasrina binti Ismail
ainan_nasrina@moh.gov.my
03-88924463

AKTIVITI

Pemantauan penyediaan hidangan sihat di Kem PLKN. Pemantauan dan penilaian dibuat berdasarkan kriteria berikut:

  • Tahap kesegaran dan kualiti bahan mentah Penilaian adalah meliputi tahap kesegaran dan kualiti bahan mentah (basah atau kering) yang digunakan.
  • Pematuhan menu Pematuhan menu termasuklah saiz hidangan yang mengikut menu, gula dihidang berasingan dengan minuman dan hidangan yang lengkap disediakan mengikut menu.
  • Penyediaan dan penghidangan makanan secara sihat Contoh penyediaan hidangan sihat adalah sayur yang dimasak tidak layu, ayam tidak digoreng terlalu garing/ hangus dan sos/ kicap tidak disediakan.
  • Pengubahsuaian resepi sihat Penggunaan santan cair atau susu rendah lemak bagi menggantikan santan pekat dan tidak menggunakan bahan perisa komersil/ Monosodium Glutamate (MSG).