• Theme :
  • +100%-

PROGRAM HIDANGAN BERKHASIAT DI SEKOLAH (HiTS)

Laman Utama > Program Pemakanan > Promosi Pemakanan > Program Hidangan Berkhasiat di Sekolah (HiTS)

Program Hidangan Berkhasiat di Sekolah (HiTS) merupakan pakej makanan berkhasiat yang terdiri daripada kumpulan karbohidrat, protein, sayur-sayuran dan buah-buahan. Ianya memenuhi keperluan kalori dan nutrien murid mengikut waktu makan di sekolah. Senarai menu hidangan berkhasiat bagi satu bulan disediakan oleh Pegawai Sains Pemakanan (PSP), supaya murid-murid dapat menikmati hidangan yang berlainan setiap hari.

Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chin Kwang Wahyu, Muar, Johor merupakan sekolah pertama yang menjalankan Program Hidangan Berkhasiat di Sekolah (HiTS) bermula pada tahun 2006 atas inisiatif pihak sekolah dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

Walau bagaimanapun, bermula pada tahun 2013, projek rintis Hidangan Berkhasiat di sekolah (HiTS) telah dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia di Sekolah Kebangsaan Setiawangsa, Kuala Lumpur dengan penyertaan murid Tahun 1 dan Tahun 2. Projek ini telah diperluaskan ke sekolah-sekolah lain iaitu di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Selangor, Johor dan Sabah melalui pelbagai inisiatif termasuklah oleh pihak sekolah, PIBG dan hasil daripada advokasi Pegawai Sains (Pemakanan).

Pihak Badan Bukan Kerajaan (NGO) iaitu Yayasan Orang Upaya Kelantan (YOKUK) juga terlibat di dalam Program HiTS di tiga buah sekolah yang terjejas teruk akibat banjir pada tahun 2014 di Kelantan. Program HiTS di Kelantan telah dijalankan pada tahun 2015 hingga 2016.

Untuk sebarang maklumat lanjut berkaitan pelaksanaan HiTS, sila berhubung dengan Pegawai Sains Pemakanan di Jabatan Kesihatan Negeri yang berhampiran.

SENARAI SEKOLAH YANG MENYERTAI PROGRAM HIDANGAN BERKHASIAT DI SEKOLAH (HiTS) SEHINGGA OKTOBER 2017

Bil. Negeri Nama Sekolah
1. Selangor
  1. Sekolah Kebangsaan Cyberjaya, Sepang
  2. Sekolah Kebangsaan (2) Taman Selayang, Selayang
2. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
  1. Sekolah Kebangsaan Setiawangsa
  2. Sekolah Kebangsaan Wangsa Maju Zon R10
  3. Sekolah Kebangsaan Sentul 1
  4. Sekolah Kebangsaan Bukit Damansara
3. Wilayah Persekutuan Putrajaya
  1. 1. Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 8 (1)
  2. 2. Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 18 (1)
  3. 3. Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 16 (1)
4. Negeri Sembilan
  1. Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Kuo Min, Seremban
5. Johor
  1. Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chin Kwang Wahyu, Muar
  2. Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Hwa Ming, Muar
  3. Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chung Hwa 1A, Muar
  4. Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Pu Nan, Muar
  5. Sekolah Kebangsaan Pekan Pagoh, Muar
  6. Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Soon Mong, Muar
  7. Sekolah Kebangsaan Seri Jong, Muar
  8. Sekolah Kebangsaan Bandar Maharani, Muar
  9. Sekolah Kebangsaan Orang Kaya Ali, Muar
  10. Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Soon Cheng, Muar
  11. Sekolah Jenis Kebangsaan (C) San Chai, Muar
  12. Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chung Hwa 1B, Muar
  13. Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chi Sing, Muar
  14. Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Sin Ming, Muar
  15. Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chung Hwa 3, Muar
  16. Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chian Kuo, Tangkak
  17. Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Kung Yu, Tangkak
  18. Sekolah Jenis Kebangsaan (C) San Yu, Tangkak
  19. Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Pei Hwa, Tangkak
  20. Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Nan Hwa, Tangkak
  21. Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Yong Peng 2, Batu Pahat
  22. Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Sulong, Batu Pahat
  23. Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Ai Chun 1, Batu Pahat
  24. Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chern Hwa, Batu Pahat
  25. Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Panchor, Batu Pahat
  26. Sekolah Kebangsaan Seri Puteri, Batu Pahat
  27. Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Seri Pelangi, Batu Pahat
6. Sabah
  1. Sekolah Kebangsaan Bantayan, Kota Kinabalu