• Theme :
  • +100%-

PROGRAM COMMUNITY FEEDING

Laman Utama > Program Pemakanan > Pemulihan Pemakanan > Program Community Feeding

PENGENALAN

Program Community Feeding ini dilaksanakan melalui aktiviti pemberian Ready to Use Therapeutic Food (RUTF), makanan tambahan dan bantuan bakul makanan yang sedia ada. Selain itu, program ini juga memperkasakan komuniti setempat melalui penglibatan sukarelawan bagi membantu pelaksanaan program. Program ini dijalankan di kawasan pedalaman yang mempunyai kes-kes kekurangan zat makanan yang tinggi di kalangan kanak-kanak Orang Asli/ Pribumi. Inisiatif ini adalah hasil kejayaan pelaksanaan Program Community Feeding yang telah dijalankan sebelum ini di Pos Kemar, Daerah Hulu Perak, Perak.

PCF dilaksanakan sepenuhnya pada tahun 2013 -2015 di pedalaman Orang Asli di Negeri Perak (Hulu Perak, Kuala Kangsar dan Batang Padang), Pahang (Jerantut, Lipis, Cameron Highland dan Rompin) dan Kelantan (Gua Musang) serta kepada Kaum Penan di Negeri Sarawak (Long Urun dan Long Keluan).

Program ini diteruskan lagi pada tahun 2016 dan sebanyak 10 buah PCF diperluaskan ke daerah Raub, Temerloh, Kuala Lipis, Jeli dan Sarikei.

KUMPULAN SASAR

Kanak-kanak Orang Asli/ Pribumi berumur di antara 6 bulan hingga 6 tahun yang tinggal di lokaliti terpilih yang mengalami masalah kekurangan zat makanan dan berat badan normal

OBJEKTIF AKTIVITI

Objektif Am
Untuk meningkat dan mengekalkan status pemakanan kanak-kanak Orang Asli/ Pribumi yang berumur di antara 6 bulan hingga 6 tahun.

Objektif Khusus

  • Untuk memastikan ≥95.0% kes kanak-kanak kekurangan zat makanan Orang Asli/ Pribumi diliputi di lokaliti di mana Program Community Feeding dilaksanakan.
  • Untuk memulihkan ≥25.0% kes kanak-kanak kekurangan zat makanan Orang Asli/ Pribumi selepas 6 bulan berada dalam Program Community Feeding.
  • Untuk mengekalkan status pemakanan normal kanak-kanak Orang Asli/ Pribumi sepanjang berada dalam Program Community Feeding.

TABURAN PUSAT COMMUNITY FEEDING (PCF 2013-2016)

Negeri Perak mempunyai Pusat Community Feeding paling banyak iaitu sebanyak 19 buah pusat di Hulu Perak, 2 pusat di Batang Padang dan 2 pusat di Kuala Kangsar. Kelantan pula mempunyai 7 buah pusat iaitu masing-masing 5 di Gua Musang dan 2 lagi di Jeli. 13 buah pusat dibuka di Pahang iaitu 1 di Cameron Highlands, 5 di Kuala Lipis, 3 di Jerantut, 1 di Rompin manakala 2 di Raub dan 1 di Temerloh. Bagi negeri Sarawak, 3 pusat PCF masing-masing terletak di Long Keluan Miri, Long Urun Kapit dan Sarikei.

AKTIVITI DI BAWAH PROGRAM COMMUNITY FEEDING

Program Community Feeding ini dijalankan oleh anggota kesihatan dengan bantuan sukarelawan yang terdiri daripada masyarakat Orang Asli/ Pribumi setempat yang telah dilatih oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Aktiviti yang dijalankan adalah seperti di Gambar Rajah 1:

Gambar Rajah 1: Aktiviti-aktiviti yang dijalankan dalam Program Community Feeding

AKTIVITI-AKTIVITI LAIN YANG DIJALANKAN

Pembekalan Ready to Use Therapeutic Food (RUTF) secara sentral oleh Bahagian Pemakanan

Pada tahun 2013 dan 2014, RUTF telah dihasil dan dibekalkan oleh daerah masing-masing. Setiap daerah menghasilkan RUTF yang berbeza-beza menggunakan bahan asas yang sama Iaitu kacang tanah, gula, susu tepung penuh krim dan minyak.

Pada tahun 2015, setelah beberapa siri perbincangan dibuat, RUTF telah dibekalkan secara sentral di peringkat Bahagian Pemakanan. Syarikat Maxinius telah dilantik untuk menjadi pembekal RUTF bagi tempoh April 2015 sehingga Mac 2016.

Lawatan Penyeliaan ke Pusat Community Feeding

Pada tahun 2016, Lawatan Penyeliaan telah dilaksanakan di empat (4) buah Daerah iaitu:

Tujuan lawatan penyelian ini dibuat adalah untuk memantau pelaksanaan aktiviti-aktiviti di dalam Program Community Feeding di samping mengenal pasti dan menangani masalah yang wujud sepanjang program ini dijalankan.

Lawatan Penyelian ke PCF Sawah Batu, Rompin, Pahang

Lawatan Penyeliaan Ke PCF Paya Perlong, Temerloh, Pahang

Lawatan Penyelian ke PCF Pos Ruai Hulu, Raub, Pahang

Lawatan Penyelian ke PCF Rumah Panjang Janting, Sarikei, Sarawak

Latihan Sukarelawan Program Community Feeding

Latihan Sukarelawan ini dibuat di Negeri yang mempunyai PCF. Pada tahun 2016, pihak Bahagian Pemakanan telah terlibat di dalam Latihan ini di dua buah Negeri iaitu Negeri Pahang (10-12 Ogos 2016) dan Kelantan (26-28 September 2016). Tujuan latihan ini diadakan adalah untuk memperkasakan sukarelawan berkaitan kesihatan dan seterusnya menjadi agen penyebaran maklumat kepada komuniti setempat.

Latihan Sukarelawan Program Community Feeding di Negeri Pahang

Latihan Sukarelawan Program Community Feeding di Negeri Kelantan

PERUNTUKAN

Bagi tahun 2016, peruntukan One-Off telah diterima bagi pelaksanaan Program Community Feeding. Agihan peruntukan adalah seperti di Jadual 1. Laporan Prestasi perbelanjaan One-Off Program Community Feeding ini dipantau dan perlu dihantar kepada pihak Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (PEMANDU), Jabatan Perdana Menteri setiap suku tahun.

PETUNJUK PRESTASI UTAMA (KPI)

Indikator penilaian Program Community Feeding telah dipersetujui dalam Stakeholder Sign-Off bagi tahun 2014 hingga 2016 seperti di Jadual 2.

ANALISIS DATA

Jadual 3 menunjukkan peratus liputan kanak-kanak kekurangan zat makanan Orang Asli/ Pribumi dalam Program Community Feeding bagi empat negeri iaitu Perak, Pahang, Kelantan dan Sarawak tahun 2016. Peratus liputan bagi Pahang, Kelantan dan Sarawak mencapai sasaran liputan yang telah ditetapkan iaitu ≥95% manakala negeri Perak tidak mencapai sasaran dengan hanya mencatat sebanyak 93.5 % . Namun begitu, peratus liputan kebangsaan bagi tahun 2016 adalah 96.2% iaitu melebihi daripada sasaran yang ditetapkan (≥95%).

Indikator penilaian Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang kedua adalah peratus pulih kanak-kanak kekurangan zat makanan (Orang Asli/ Pribumi) dalam Program Community Feeding dengan sasaran sebanyak ≥25.0%. Jadual 4 menunjukkan peratus pulih kanak-kanak KZM dalam Program Community Feeding bagi tahun 2016.

Bagi tahun 2016, Negeri Pahang tidak berjaya mencapai sasaran yang ditetapkan iaitu 20.2%. Walau bagaimanapun, peratus pulih bagi kebangsaan adalah sebanyak 36.2% iaitu melebihi sasaran yang ditetapkan (≥25.0%).

KEJAYAAN PROGRAM COMMUNITY FEEDING

  • Merujuk kepada Jadual 3, peratus liputan kanak-kanak kekurangan zat makanan dalam Program Community Feeding adalah 96.2% dan mencapai sasaran yang telah ditetapkan iaitu ≥ 95%.
  • Merujuk kepada Jadual 4, peratus pulih kanak-kanak kekurangan zat makanan selepas 6 bulan berada dalam Program Community Feeding adalah sebanyak 36.2% dan mencapai sasaran yang telah ditetapkan iaitu ≥ 25%.
  • Bagi tahun 2016, terdapat Pusat Community Feeding yang telah berjaya mencapai 100% kes pulih iaitu Pusat Community Feeding di Long Keluan, Sarawak.

KESIMPULAN

Program Community Feeding ini adalah salah satu program yang dapat meningkatkan status berat badan kanak-kanak yang mengalami masalah Kekurangan Zat Makanan (KZM) di kalangan kanak-kanak Orang Asli/ Pribumi. Pemberian makanan secara aktif (active-feeding) dalam jangka masa tertentu sememangnya dapat membantu dalam meningkatkan berat badan dan taraf pemakanan kanak-kanak yang mengalami masalah KZM. Oleh itu program sebegini perlu diteruskan bagi memastikan taraf pemakanan kanak-kanak Orang Asli/ Pribumi adalah terjamin.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Program ini telah menunjukkan hasil yang memberansangkan. Justeru itu, dicadangkan program ini diperluas ke semua kawasan pedalaman yang mempunyai masalah kekurangan zat makanan yang tinggi di kalangan kanak-kanak. Walau bagaimanapun, perluasan Program ini memerlukan kerjasama dan sokongan daripada agensi-agensi lain seperti JAKOA, PEMANDU, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Jabatan Kebajikan Masyarakat dan sebagainya.

Pertanyaan lanjut, sila hubungi:

Rashadiba Binti Ibrahim @ Rahman
rashadiba@moh.gov.my
03 – 88924453

Irma Hanim Binti Abdullah
irmahanim@moh.gov.my
03- 88924502