• Theme :
  • +100%-

PROGRAM 1,000 HARI PERTAMA KEHIDUPAN

Laman Utama > Program Pemakanan > Pemulihan Pemakanan > Program 1,000 Hari Pertama Kehidupan

Pengenalan

“1,000 Hari Pertama Kehidupan” iaitu satu tempoh bermula daripada awal kehamilan sehingga anak mencapai umur dua tahun. Penjagaan kesihatan yang sempurna dalam tempoh ini adalah sangat penting dan dilihat sebagai satu “peluang keemasan” bagi mengurangkan risiko pelbagai penyakit tidak berjangkit seperti diabetes di kemudian hari. Tempoh ini didapati sangat kritikal bagi tumbesaran dan kesihatan anak di mana anak yang sihat adalah penentu kepada pembentukan generasi yang sihat. Justeru itu, Kementerian Kesihatan Malaysia dengan kerjasama agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan amat komited dalam memastikan penjagaan kesihatan ibu dan anak terutamanya dalam tempoh 1,000 hari pertama kehidupan iaitu dengan memperkukuhkan pelbagai program dan inisiatif samada di peringkat fasiliti kesihatan dan juga komuniti.

Objektif

Untuk memberi kesedaran kepada anggota kesihatan dan orang awam tentang kepentingan penjagaan kesihatan yang sempurna dalam tempoh 1,000 hari pertama kehidupan ke arah generasi sihat.

Pertanyaan lanjut, sila hubungi:

Puan Norlela Mohd Husin
lela@moh.gov.my
03-88924454

Puan Noriza Zakaria
norizaz@moh.gov.my
03-88924513

AKTIVITI YANG DIJALANKAN

Menjalankan dan memperkukuhkan aktiviti berkaitan perkhidmatan ibu dan anak di klinik seperti sedia ada.

Memantau indikator yang berkaitan berdasarkan mesej utama seperti berikut:

  • Semua ibu hamil mesti mendapatkan pemeriksaan antenatal pertama sebelum 12 minggu kehamilan.
  • Semua ibu hamil mesti memastikan untuk mengekalkan paras hemoglobin sekurang-kurangnya 11gm% sepanjang tempoh kehamilan.
  • Semua ibu hamil perlu memastikan kenaikan berat badan sesuai dengan tempoh kehamilan.
  • Semua ibu hamil perlu memastikan kesihatan gigi dan mulut dalam keadaan yang baik.
  • Semua ibu digalakkan menyusui anaknya dengan susu ibu sahaja dari lahir sehingga berumur 6 bulan dan meneruskannya sehingga mencapai umur 2 tahun. Makanan pelengkap perlu diberikan mulai umur 6 bulan.
  • Semua kanak-kanak mesti diberi imunisasi mengikut jadual bermula daripada lahir sehingga 18 bulan.
  • Semua kanak-kanak mesti mendapatkan perkhidmatan kesihatan secara berkala untuk memastikan penilaian dan panduan yang mencukupi mengenai tumbesaran dan perkembangan, status pemakanan dan tahap kesihatan secara keseluruhannya diperolehi.
  • Mulakan pemeriksaan gigi di klinik seawal usia anak 1 tahun.