PENYAJIAN HIDANGAN SIHAT SEMASA MESYUARAT (PHSSM)

Laman Utama > Program Pemakanan > Promosi Pemakanan > Penyajian Hidangan Sihat Semasa Mesyuarat (PHSSM)

Pengenalan

Pelaksanaan Penyajian Hidangan Sihat Semasa Mesyuarat (PHSSM) telah mula dilaksanakan secara rasmi di Ibu Pejabat Kementerian Kesihatan Malaysia bermula 2 Februari 2011. Surat Pekeliling Ketua Pengarah Kesihatan: Panduan Pelaksanaan Penyajian Hidangan Sihat Semasa Mesyuarat di Fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia Bil. 3/2012 berkenaan pelaksanaan PHSSM di semua fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia telah dikeluarkan pada 27 Januari 2012.

Pelaksanaan ini turut diperluaskan ke semua 24 kementerian lain di sektor awam melalui surat edaran Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) bertarikh 3 Februari 2012. Susulan daripada itu, satu taklimat pengenalan tentang pelaksanaan Penyajian Hidangan Sihat Semasa Mesyuarat (PHSSM) di sektor awam telah diadakan pada 7 Disember 2011 bertempat di Dewan Serbaguna, Kementerian Pelajaran Malaysia. Sebanyak 99 orang peserta daripada 20 kementerian dan 13 institusi KKM telah hadir ke taklimat ini.

Taklimat ini disasarkan kepada penjawat awam yang terlibat secara langsung atau bertanggungjawab di dalam urusan tempahan dan penyajian makanan untuk mesyuarat dan majlis rasmi serta katerer yang memberi perkhidmatan sajian untuk mesyuarat dan majlis rasmi yang dianjurkan oleh fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia dan agensi di sektor awam.

objektif
  • Untuk menggalakkan amalan makan secara sihat dan menyediakan pilihan makanan yang lebih sihat kepada ahli-ahli mesyuarat.
bahan terbitan
SENARAI BORANG
Pertanyaan lanjut, sila hubungi:

Puan Fadwa Ali
fadwa@moh.gov.my
03-8892 4469

aktiviti

Pelabelan Kalori (Calorie Tagging)

Makanan dan minuman yang dihidangkan semasa mesyuarat perlu dilabelkan dengan maklumat kandungan kalori makanan. Maklumat kalori makanan boleh diperolehi daripada Buku Panduan Penyajian Hidangan Sihat Semasa Mesyuarat, Buku Kecil Panduan Nilai Kalori 200 Jenis Makanan dan Senarai Kalori Bagi Makanan dan Minuman. Walau bagaimanapun, pihak Bahagian Pemakanan menyediakan khidmat nasihat sekiranya pihak kementerian/ swasta memerlukan bantuan berkaitan dengan PHSSM ini.