PEMANTAUAN PENJUALAN MAKANAN DAN MINUMAN DI KANTIN SEKOLAH

PENGENALAN

Panduan Pengurusan Kantin Sekolah Sihat yang telah diterbitkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia pada tahun 2011 telah disemak semula pada tahun 2016. Semakan ini menjadikan hanya dua kategori penjualan makanan dan minuman di kantin sekolah iaitu makanan dan minuman yang boleh dijual dan dilarang dijual.

Sehubungan itu, bermula 2017, aktiviti pemantauan penjualan makanan dan minuman di kantin sekolah telah dijalankan berpandukan senarai makanan dan minuman yang baharu. Pemantauan dijalankan secara berkala dan bimbingan secara berterusan diberikan kepada pengusaha kantin oleh Pegawai Sains (Pemakanan). Aktiviti ini
dijalankan bagi memastikan murid mendapat pendedahan awal ke arah pemilihan makanan dan minuman yang berkhasiat seterusnya menyediakan persekitaran yang menyokong amalan makan secara sihat dalam kalangan warga sekolah.

OBJEKTIF
  1. Menyediakan persekitaran yang menyokong amalan makanan secara sihat di kalangan warga sekolah yang terdiri daripada murid, guru, penjawat awam sekolah dan pengusaha serta pekerja kantin.
  2. Menilai tahap kepatuhan penjualan makanan dan minuman yang boleh dan dilarang dijual di kantin sekolah.
  3. Meningkatkan tahap kefahaman dan kemahiran pengusaha dan pekerja kantin dalam penyediaan dan penjualan makanan secara sihat.
BAHAN TERBITAN
  1. Poster
     Hidup Aktif Badan Sihat
     Jauhi Makanan Ini kerana…Elakkan Makanan Ringan & Makanan Segera!
     Jika Saya Makan Secara Tidak Sihat…
     Jika Saya Tidak Makan Makanan Berkhasiat…
     Makan Buah & Sayur Pelbagai Warna Setiap Hari!
  2. Apa Itu Snek?
     Infografik
     Adiwira Bijak Memilih di Kantin Sekolah
     Bijak Berbelanja
     Makanan dan Minuman Boleh Dijual di Kantin Sekolah
     Makanan dan Minuman Dilarang Dijual di Kantin Sekolah
     Jom Buat Pilihan Bijak
     Larangan Membeli Makanan di Luar Pagar Sekolah
     Air Kosong
     Kepentingan Minum Susu
     Makanan Sumber Kalsium
  3. Video
     Animasi 12 Makanan dan Minuman yang Dilarang Dijual di Kantin Sekolah
PERTANYAAN LANJUT, SILA HUBUNGI

Puan Siti Nur’ Hidayah Adznam
hidayah.adznam@moh.gov.my
03-8892 4463

Puan Nuurdiana Mohd Rafien
nuurdiana@moh.gov.my
03-8892 4478