PEMANTAUAN HIDANGAN SIHAT DI ASRAMA SEKOLAH

PENGENALAN

Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia telah menyemak semula Menu Makanan Asrama Kementerian Pendidikan Malaysia sebagai rujukan pihak bertanggungjawab di dalam menyediakan hidangan berkhasiat kepada murid asrama. Pada tahun 2018, aktiviti pemantauan hidangan sihat di asrama sekolah telah dijalankan dan bimbingan telah diberikan secara terus kepada Kontraktor Asrama oleh Pegawai Pemakanan dalam memastikan keboleh dapatan makanan dan minuman yang berkhasiat di dewan makan sekolah.

Sehubungan itu, satu borang pemantauan juga telah dibentuk bagi membantu Pegawai Sains (Pemakanan) memantau tahap penyediaan dan penghidangan sihat seperti yang disarankan dalam Dokumen Standard Menu Makanan Asrama.

OBJEKTIF
  1. Meningkatkan tahap kefahaman dan kemahiran pengendali makanan dalam penyediaan makanan secara sihat.
  2. Menyediakan persekitaran yang menyokong amalan makan secara sihat di kalangan murid, pengendali makanan, kontraktor makanan dan penyelia asrama.
  3. Menilai tahap penyediaan dan penghidangan makanan sihat di dewan makan asrama sekolah.
BAHAN TERBITAN
  1. Buku
     Menu Makanan Asrama Kementerian Pendidikan Malaysia dan Resepi Standard Edisi 2018 (terbitan Kementerian Pendidikan Malaysia)
  2. Infografik
     Terapkan Amalan Pemakanan Sihat
     Kepentingan Sarapan Pagi
     5 Makanan Tinggi Kalori
     500kcal Banyak Mana Tu
     Berapa Jumlah Yang Saya Boleh Makan Sehari
     Langkau Waktu Makan
  3. Risalah
     Jagalah badan
     Jagalah makan
PERTANYAAN LANJUT, SILA HUBUNGI

Puan Nuurdiana Mohd Rafien
nuurdiana@moh.gov.my
03-8892 4479