PEMAKANAN DI TABIKA/PRASEKOLAH

Laman Utama > Program Pemakanan > Promosi Pemakanan > Pemakanan di Tabika/Prasekolah

pengenalan

Pemakanan adalah komponen penting untuk memastikan pertumbuhan dan perkembangan yang optimum bagi kanak-kanak. Amalan pemakanan yang sihat yang diterapkan sejak usia muda akan mempengaruhi corak dan status pemakanan kanakkanak apabila dewasa kelak.

Kanak-kanak yang dihantar ke Tabika/ Prasekolah menghabiskan sebahagian masa mereka di sini. Oleh itu, Tabika/ Prasekolah merupakan institusi penting dalam membantu pertumbuhan dan perkembangan optimum kanak-kanak. Selain itu, amalan makan secara sihat yang dipupuk di Tabika/ Prasekolah sejak kecil dapat membantu kanak-kanak mengamalkannya sehingga ke peringkat dewasa. Guru dan pengendali makanan Tabika/ Prasekolah turut memainkan peranan yang penting dalam memastikan kanak-kanak yang berada di Tabika/ Prasekolah memperoleh makanan yang berkhasiat dan memenuhi keperluan mereka.

objektif
  • Menyediakan menu sihat di Tabika/ Prasekolah.
  • Meningkatkan pengetahuan pemakanan mengikut kumpulan sasar seperti kanak-kanak, ibu bapa, guru dan pengendali makanan Tabika/ Prasekolah
  • Meningkatkan kemahiran penyediaan makanan sihat melalui latihan/ kursus yang diberi kepada ibu bapa, guru dan pengendali makanan Tabika/ Prasekolah.
  • Menilai taraf pemakanan kanak-kanak Tabika/ Prasekolah.
BAHAN TERBITAN
  • Kunci Pemakanan Sihat
  • Hidangan untuk Si Manja
  • Awasi Waktu Makan Anak Anda
  • Snek Sihat untuk Si Manja
  • Ketahui Apa yang Anak Anda Makan
  • Anak Cerewet Makan Sayur
  • Jadilah Ibu Bapa yang Kreatif
  • Berikan Anak Anda Susu atau Produk Tenusu Setiap Hari
  • Ketahui Saiz Hidangan Buah untuk Anak Anda
  • Ketahui Kebaikan Air Kosong kepada Anak Anda
  • Animasi Jom Minum Air Kosong
  • Animasi Sarapan Sihat
Pertanyaan lanjut, sila hubungi:

Puan Noor Faezah Abdul Jalil
faezahjalil@moh.gov.my
03-8892 4481