PEMAKANAN BAYI DAN KANAK-KANAK KECIL

Laman Utama > Program Pemakanan > Pengawasan Pemakanan > Pemakanan Bayi dan Kanak-Kanak Kecil

PENGENALAN

Pemakanan yang mencukupi adalah kritikal bagi kesihatan dan perkembangan kanak-kanak. Tempoh dari lahir sehingga berumur dua tahun adalah penting kerana pertumbuhan dan perkembangan fizikal sedang berlaku. Amalan pemakanan yang tidak sempurna merupakan penyumbang kepada masalah pemakanan seperti kekurangan zat makanan atau kegemukan. Oleh itu, promosi bagi pemakanan bayi dan kanak-kanak kecil adalah penting bagi mendapatkan amalan pemakanan optima di kalangan bayi dan kanak-kanak kecil.

Bagi mencapai pertumbuhan dan tumbesaran yang optimum bagi bayi dan kanak-kanak kecil, semua ibu digalakkan menyusui anaknya dengan susu ibu sahaja dari lahir sehingga berumur enam bulan dan meneruskannya shinga mencapai umur dua tahun. Makanan pelengkap perlu diberikan mulai umur enam bulan. Makanan pelengkap merupakan makanan yang sesuai sebagai tambahan kepada susu ibu, rumusan bayi atau rumusan susulan untuk bayi dari umur enam bulan sehingga 24 bulan seperti makanan pejal, separa pejal dan lembut yang diberi kepada bayi. Ini termasuk kanji, bubur, bijirin komersial, biskut, buah-buahan dan lain-lain.

OBJEKTIF

  • Untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran berkaitan tentang pemakanan bayi dan kanak-kanak kecil.
  • Untuk menyediakan panduan teknikal pemakanan bayi dan kanak-kanak kecil kepada profesional kesihatan dan semua yang terlibat dengan penjagaan bayi dan kanak kanak kecil.

PERTANYAAN LANJUT, SILA HUBUNGI:

Rashadiba Binti Ibrahim @ Rahman
rashadiba@moh.gov.my
03 – 88924453

Wan Fazlily Binti Wan Mahmud
fazlily@moh.gov.my
03 – 88924509

Klik untuk muat turun Garis Panduan Pemberian Pemakanan Bayi dan Kanak-kanak Kecil