• Theme :
  • +100%-

MAJLIS KESELAMATAN MAKANAN DAN PEMAKANAN KEBANGSAAN(MKMPK)

Laman Utama > Program Pemakanan > Polisi Standard & Standard Pemakanan > Majlis Keselamatan Makanan dan Pemakanan Kebangsaan (MKMPK)

PENGENALAN

Majlis Keselamatan Makanan dan Pemakanan Kebangsaan (MKMPK) telah diluluskan penubuhannya oleh Jemaah Menteri pada 21 Mac 2001. Penubuhan MKMPK disokong oleh dua sekretariat dari Kementerian Kesihatan Malaysia iaitu Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) bagi aspek keselamatan makanan dan Bahagian Pemakanan bagi aspek pemakanan. Bagi melicinkan perjalanan MKMPK, dua jawatankuasa teknikal telah ditubuhkan iaitu Jawatankuasa Induk Keselamatan Kebangsaan dan Jawatankuasa Penyelaras Kebangsaan untuk Makanan dan Pemakanan.

MKMPK akan bersidang sekurang-kurangnya sekali setahun dan segala rumusan akan dibentangkan ke Jemaah Menteri oleh YB Menteri Kesihatan.

FUNGSI MKMPK

  • Membentuk dan mempertingkatkan kerjasama dan penyelarasan bagi menghadapi cabaran- cabaran baru dalam keselamatan makanan dan pemakanan tempatan, serantau dan antarabangsa.
  • Membentuk sistem kawalan keselamatan makanan dan pemakanan yang mantap berlandaskan fakta saintifik dengan menggunakan pengawasan, penguatkuasaan, pemeriksaan, penyelidikan dan pembangunan secara bersepadu. Di samping itu fakta makanan yang berkaitan dengan budaya dan agama juga akan diberi perhatian.
  • Membentuk persetujuan kerajaan berhubung dengan dasar keselamatan makanan dan pemakanan di setiap peringkat pengeluaran makanan yang melibatkan pelbagai agensi pusat, negeri, pihak berkuasa tempatan, pengguna dan sektor tertentu termasuk swasta.
  • Menjadi badan penasihat kepada kerajaan dalam segala hal berkaitan keselamatan makanan dan pemakanan; merangka pelan tindakan strategik terhadap aktiviti jangka panjang; mengenal pasti isu utama yang wujud dan membentuk rangkaian jawatankuasa teknikal yang baru untuk menyelaras urusan berkaitan termasuk bagi tujuan pembangunan dan pelaburan.

PERTANYAAN LANJUT, SILA HUBUNGI:

Cik Gui Shir Ley
guishirley@moh.gov.my
03-88924460

KEANGGOTAAN MKMPK

Pengerusi: YB Menteri Kesihatan

Ketua Sekretariat: Pengarah Kanan Keselamatan dan Kualiti Makanan

Ahli: Dianggotai oleh 49 ahli seperti di bawah.

  • 17 Ketua Setiausaha dan 25 orang Ketua Pengarah pelbagai Kementerian / Agensi
  • Peguam Negara
  • Presiden Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia
  • Presiden Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA)
  • Presiden Institut Teknologi Makanan Malaysia (MIFT)
  • Presiden Persatuan Pemakanan Malaysia (NSM)
  • Presiden Persatuan Kesihatan Persekitaran (MAEH)
  • Presiden Institut Kimia Malaysia