Kumpulan Kerja Teknikal Garis Panduan Pemakanan (KKT)

TERMA RUJUKAN
  1. Mengkaji dan mengemaskini Panduan Diet Malaysia dan Saranan Pengambilan Nutrien (RNI) sedia ada dari masa ke semasa.
  2. Menyediakan Panduan Diet Malaysia yang baru mengikut kumpulan umur dan kumpulan khusus yang terpilih.
  3. Membincangkan isu-isu teknikal berkaitan dengan panduan pemakanan dan memberi saranan yang bersesuaian.
KUMPULAN KERJA

Kumpulan Kerja Teknikal Penyelidikan Pemakanan

Terma Rujukan
1. Mengenal pasti prioriti penyelidikan berkaitan dengan isu pemakanan yang dijalankan di peringkat kebangsaan.
2. Menilai dan memperakukan projek penyelidikan berkaitan pemakanan yang akan dijalankan di peringkat kebangsaan.
3. Bertanggungjawab mendapatkan laporan teknikal hasil projek penyelidikan yang diperakukan.
4. Mewujudkan pangkalan data kumpulan penyelidik dalam bidang pemakanan.
5. Mendokumentasikan semua penyelidikan, hasil-hasil kajian atau laporan berkaitan dengan pemakanan dalam negara.

 

Kumpulan Kerja Teknikal Latihan Pemakanan

Terma Rujukan

  1. Mengenal pasti keperluan latihan pemakanan berpandukan Pelan Tindakan Pemakanan Kebangsaan Malaysia 2016-2025 untuk agensi-agensi berkaitan.Membentuk dan mengenalpasti modul latihan pemakanan dari semasa ke semasa.
  2. Penyelarasan pengisian modul-modul berkaitan pemakanan.
  3. Pemantauan modul-modul latihan/ latihan berkaitan komponen pemakanan yang dibentuk/ dijalankan oleh kementerian dan agensi luar.

 

Kumpulan Kerja Teknikal Promosi Pemakanan

  1. Terma Rujukan
    Memperkukuhkan aktiviti-aktiviti promosi pemakanan yang digariskan di bawah Pelan Tindakan Pemakanan Kebangsaan Malaysia.
  2. Mewujud dan mengukuhkan perkongsian pintar pelbagai sektor (agensi/ industri, NGO, Badan Profesional dan pihak berkepentingan).
  3. Memberi input teknikal aktiviti-aktiviti promosi pemakanan peringkat kebangsaan yang akan dilaksanakan oleh pelbagai sektor dan pihak berkepentingan.
  4. Menjadi platform perbincangan, perkongsian dan penyebaran maklumat aktiviti promosi pemakanan.
    Mengenalpasti pelbagai kaedah yang bersesuaian bagi penyampaian maklumat pemakanan mengikut kumpulan sasaran.
  5. Memantau pelaksanaan pencapaian aktiviti-aktiviti promosi pemakanan di peringkat kebangsaan yang dilaksanakan oleh pelbagai sektor dan pihak berkepentingan

 

Kumpulan Kerja Teknikal Dasar Pemakanan

Terma Rujukan

  1. Mengkaji dan menyemak semula dasar-dasar negara agar selari dengan perkembangan dasar-dasar dan isu pemakanan di peringkat kebangsaan, serantau dan/atau global.
  2. Mengkaji dasar-dasar di peringkat global dan serantau yang melibatkan kepentingan pemakanan negara dan memastikannya selaras dengan pendirian dan dasar negara.
  3. Memberi usul/ input dalam penyediaan/ penggubalan/ semakan dasar-dasar berkaitan pemakanan yang melibatkan kerjasama inter dan intra agensi.
  4. Memantau status usul/input berkaitan pemakanan yang telah dikemukakan dalam semakan/ penyediaan/ penggubalan dasar-dasar kementerian atau agensi berkaitan.
PERTANYAAN LANJUT, SILA HUBUNGI