• Theme :
  • +100%-

KEMBARA RIANG RIA PEMAKANAN

Laman Utama > Program Pemakanan > Promosi Pemakanan > Kembara Riang Ria Pemakanan

Pengenalan

Program Kembara Riang Ria telah dilancarkan oleh YB Menteri Kesihatan Malaysia pada 21 April 2011 bertempat di Sekolah Wawasan USJ 15, Subang Jaya. Program ini dijalankan di sekolah rendah terpilih di setiap negeri. Sehingga Disember 2012, sebanyak 578 buah sekolah rendah yang telah melaksanakan Kembara Riang Ria.

Objektif
  • Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran murid sekolah rendah dalam mengamalkan makan secara sihat.
  • Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran ibu bapa dan guru mengenai pemakanan dan penyediaan hidangan sihat untuk kanak-kanak.
  • Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pengendali kantin dalam menyediakan makanan yang sihat untuk murid sekolah rendah.
AKTIVITI YANG DIJALANKAN
  • Taklimat mengenai amalan makan secara sihat dan gaya hidup sihat aktif
  • Permainan interaktif
  • Makanan Sihat dalam Pinggan Saya
  • Kira Kalori
  • Detektif Gaya Hidup Sihat
  • Talian Sihat
  • Detektif Sihat 10,000 Langkah
  • Berapa Lama Saya Perlu Berlari?
  • Permainan Interaktif berkomputer e-learning
  • Senamrobik
Aktiviti Pengekalan dan Pengukuhan Program
  • Antaranya Seminar Pemakanan Kanak-kanak, penyampaian mesej pemakanan kepada guru dan murid sekolah melalui amanat Guru Besar semasa perhimpunan pagi, Taklimat Katering Sihat kepada pengendali kantin.
Pengurusan Berat Badan
  • Pengurusan berat badan
  • Perbincangan kumpulan fokus
Pertanyaan lanjut, sila hubungi:

Ainan Nasrina binti Ismail
ainan_nasrina@moh.gov.my
03-88924463