• Theme :
  • +100%-

JAWATANKUASA PENYELARAS KEBANGSAAN UNTUK MAKANAN DAN PEMAKANAN (NCCFN)

Laman Utama > Program Pemakanan > Polisi Standard & Standard Pemakanan > Jawatankuasa Penyelaras Kebangsaan Untuk Makanan Dan Pemakanan (NCCFN)

PENGENALAN

Jawatankuasa Penyelaras Kebangsaan untuk Makanan dan Pemakanan merupakan platform perbincangan dan bertukar pendapat bagi mengelakkan aktiviti yang bertindih dan ketinggalan skop aktiviti yang penting. Tujuan utama adalah untuk menggunakan sumber kewangan dengan sebaiknya dengan mengambil kira masalah pemakanan Negara dan merangka tindakan yang sesuai bagi mengatasinya.

BIDANG TUGAS JAWATANKUASA PENYELARAS KEBANGSAAN UNTUK MAKANAN DAN PEMAKANAN (NCCFN)

  • Mengambil inisiatif membentuk dan memantau Dasar Pemakanan Kebangsaan Malaysia dengan penglibatan pelbagai agensi.
  • Memastikan Pelan Tindakan Pemakanan Kebangsaan Malaysia dilaksana, dipantau dan dinilai dengan penglibatan semua sektor yang berkaitan.
  • Mendapatkan sumber yang perlu dan sokongan kerajaan bagi melaksanakan Pelan Tindakan Pemakanan Kebangsaan Malaysia.
  • Menubuhkan kumpulan- kumpulan kerja teknikal pemakanan dan menyelaras serta menyelia aktiviti di bawahnya.
  • Mengkaji maklumat sedia ada mengenai masalah pemakanan Negara dan mengenal pasti tindakan bagi mengatasinya untuk dilaksanakan oleh pelbagai sektor dalam rangka dasar dan pelan tindakan pemakanan.
  • Mengkaji program dan aktiviti berkaitan pemakanan yang dilaksanakan oleh pelbagai agensi kerajaan dan bukan kerajaan serta mengenal pasti sama ada terdapat perkara bertindih atau belum dilaksanakan oleh mana-mana agensi.
  • Mengenal pasti agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang mampu mengambil langkah-langkah bagi memperbaiki keadaan dalam keadaan kecemasan seperti bencana alam atau bencana buatan manusia.
  • Mengeluarkan syor-syor untuk pertimbangan Majlis Keselamatan Makanan dan Pemakanan Kebangsaan dalam hal yang berkaitan dengan pemakanan.

PERTANYAAN LANJUT, SILA HUBUNGI:

Cik Gui Shir Ley
guishirley@moh.gov.my
03-88924460