Jata Negaralogoresepilogosediamembantu 

Articles

Katering Sihat

PENGENALAN

Latihan Katering Sihat adalah satu latihan yang disasarkan kepada pengusaha restoran, kedai makan, kafeteria, katering, pengusaha restoran makanan segera dan pengusaha kantin sekolah dan tempat kerja. Latihan ini bertujuan meningkatkan tahap pengetahuan dan kemahiran pengendali makanan mengenai penyediaan hidangan yang sihat dan selamat. Latihan ini meliputi komponen seperti Prinsip Makan Secara Sihat serta Penyediaan Hidangan Sihat dan Selamat. Sebanyak 27,383 orang pengendali makanan di seluruh Malaysia telah dilatih sejak tahun 2004 sehingga 2012. 

Latihan ini terbuka kepada semua pengendali makanan di seluruh Malaysia. Latihan ini wajib dihadiri oleh semua pengendali makanan yang memberi perkhidmatan di fasiliti kesihatan. Permohonan latihan boleh dibuat dengan mengisi Borang Permohonan Latihan Katering Sihat di Ibu Pejabat Kementerian Kesihatan Malaysia. Borang permohonan hendaklah dihantar selewat-lewatnya 7 hari bekerja sebelum tarikh latihan dijalankan. 

Borang yang telah lengkap boleh dihantar ke:

Pengarah Bahagian Pemakanan
Bahagian Pemakanan
Kementerian Kesihatan Malaysia
Aras 1 Blok E3 Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62590 Putrajaya
(u.p.: Puan Nor Hanisah Zaini)
No. Faks: 03-88924511/4512

 

Taklimat

 

 

Kerja Kumpulan

Pameran


BAHAN TERBITAN

  • Modul Latihan Katering Sihat, Kementerian Kesihatan Malaysia
  • Buku kecil Panduan Penyediaan Hidangan Sihat (Operator Kantin, Katerer Dan Penyedia Makanan)

 

Pertanyaan lanjut, sila hubungi:

Puan Nor Hanisah Zaini
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
03-88924475

Presets
BG Color
BG Patterns
Accent Color
Apply