Jata Negaralogoresepilogosediamembantu 

  • 1.jpg
  • 3.JPG
  • 4.jpg
  • 6.jpg
  • 7.jpg
  • 9.jpg
  • 13.JPG
  • 21.JPG
  • Pengumuman
Calendar-icon
Sidang Media Makan Secara Sihat Sempena Hari Deepavali 2014
 
Tarikh:  20 Oktober 2014 (Isnin)
Masa:    11.00 Pagi
Tempat: Dewan Serbaguna, Kementerian Kesihatan Malaysia, Aras 8, Blok E7
 
Book-icon
Buku: Panduan Makan Secara Sihat Semasa Perayaan Deepavali @ Healthy Eating During The Deepavali Festival
 
                        
   (Bahasa Melayu, Inggeris & Tamil)
 
LogoMyNutriAppsSmall1
Muat turun Aplikasi Pemakanan Sihat & layari Laman Web MyNutri  
 

Aplikasi Telefon Pintar (Android & Apple):    MyNutriApps

 Laman Web MyNutri:   http://mynutri.moh.gov.my

Program Pengawasan Pemakanan

NAMA PROGRAM/ PROJEK

Program Pengawasan Pemakanan

PENGENALAN/ LATAR BELAKANG PROGRAM/ PROJEK

Program Pengawasan Pemakanan telah bermula pada tahun 1980-an di mana satu Sistem Pengawasan Pemakanan Kebangsaan telah dibangunkan pada ketika itu. Masalah kekurangan zat makanan teruk di kalangan kanak-kanak di bawah umur enam tahun telah dikenal pasti melalui Sistem ini. Pada tahun 1989, Program Pemulihan Kanak-Kanak Kekurangan Zat Makanan telah diujudkan sebagai strategi bagi mengatasi masalah tersebut.

Pada tahun 2006, Sistem Pelaporan HMIS e-reporting telah dibentuk sebagai satu startegi untuk meningkatkan keberkesanan pengumpulan data taraf pemakanan melalui kerjasama dengan pihak Pusat Informatik Kesihatan.

Pengawasan pemakanan kanak-kanak bawah lima tahun merupakan salah satu aktiviti yang dijalankan di bawah Program Pengawasan Pemakanan melalui Sistem Pengawasan Pemakanan Kebangsaan.  Sistem ini menggunakan indikator berat-untuk-umur sebagai petunjuk taraf pemakanan kanak-kanak bawah lima tahun yang hadir ke klinik kesihatan. Rujukan yang diguna pakai ialah The National Center for Health Statistics (NCHS) yang merupakan rujukan piawai untuk perbandingan di peringkat antarabangsa.

Pada tahun 2006, Penggunaan Standard Pertumbuhan Kanak-Kanak Bawah Lima Tahun yang telah dibentuk oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)  telah dipersetujui  untuk menggantikan rujukan NCHS bagi  menilai pertumbuhan kanak-kanak. Penggunaan Standard Pertumbuhan WHO, 2006 ini telah diintegrasikan ke dalam Buku Rekod Kesihatan Bayi dan Kanak-Kanak (0-6 Tahun).

Pada tahun 2007, RujukanPertumbuhan WHO, 2007 bagi menilai pertumbuhan kanak-kanak berumur 5 hingga 19 tahun telah dipersetujui penggunaannya untuk menggantikan rujukan CDC, 2000. Ini bagi memastikan kesinambungan dalam pengawasan kanak-kanak dari lahir hingga  berumur 5 tahun dapat diteruskan hingga peringkat dewasa. Rujukan WHO, 2007 ini telah diintegrasi ke dalam Buku Rekod Kesihatan Murid yang diterbitkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia bermula pada tahun 2009.

OBJEKTIF PROGRAM/ PROJEK

  • Menyediakan satu sistem pengawasan pemakanan yang berkesan dan mantap dalam mengawasi taraf pemakanan penduduk bagi membantu pembentukan dan penilaian semula dasar pemakanan kebangsaan serta perancangan dan penilaian program-program pemakanan.

AKTIVITI YANG DIJALANKAN

Menyemak  kualiti  reten pemakanan  yang diterima daripada Pusat Informatik Kesihatan (PIK), Jabatan Kesihatan Negeri dan Industri iaitu:

Reten pemakanan yang dipantau melalui Sistem Pengawasan Pemakanan di bawah Sistem Maklumat Pengurusan Kesihatan (E- Reporting HMIS):

  • Taraf Pemakanan Kanak-kanak Bawah Lima Tahun.
  • Pencapaian Program Pemulihan Kanak-kanak Kekurangan Zat Makanan
  • Pengedaran Susu Tepung Penuh Krim

Reten berkaitan pemakanan di Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga yang dipantau bawah Sistem Maklumat Pengurusan Kesihatan:

  • Status Pemakanan Murid Sekolah
  • Status Pemakanan Remaja
  • Tahap Hemoglobin di kalangan Ibu Antenatal yang hadir ke klinik kesihatan pada 36 minggu kehamilan.

Reten pemakanan yang dipantau bukan di bawah Sistem Maklumat Pengurusan Kesihatan.

  • Amalan Penyusuan Susu Ibu  Bayi Berumur 4 Bulan.
  • Amalan Penyusuan Susu Ibu  Bayi Berumur 6 Bulan.
  • Amalan Pengenalan Makanan Pelengkap Bagi Bayi Berumur 8 Hingga < 10 Bulan.
  • Bilangan Produk Makanan yang dikurangkan Sodium

Menganalisis reten-reten pemakanan dan menyediakan output analisis.

RUJUKAN

Nama Bahan Terbitan:

  • Buku Panduan Sistem Maklumat Kesihatan Keluarga. 
  • Garis Panduan Penggunaan Buku Rekod Kesihatan Bayi dan Kanak-Kanak (0-6 tahun), Kad Simpanan Klinik dan Carta Pertumbuhan WHO (2006),  Carta Lilitan Kepala CDC (2000)

BORANG

Bil Buku Rekod Reten Maklumat
1 Rekod Kedatangan Kanak-kanak, Ibu Lepas Bersalin, Imunisasi Rubella dan Status Pemakanan Kanak-kanak Bawah 5 Tahun - KKK 102 m/s 1,2,3 Pind. 2/2007 Laporan Mengenai Taraf Pemakanan Bagi Kanak-kanak Bawah 5 Tahun untuk Mac/Jun/September ( Berat-untuk-umur ) - KKK 210A Pind. 2/2007 Taraf Pemakanan Kanak-kanak Bawah Lima tahun
2 Buku Rekod Kanak-Kanak Kekurangan Zat Makanan- KZM 101 Pind.2/2007
  • Laporan Bulanan/ Tahunan Kanak-kanak KZM Yang Tidak Menerima Bantuan Dan Menerima Bantuan – KZM 201 Pind. 2/2007
  • Laporan KPI PPKZM
Pencapaian Program Pemulihan Kanak-kanak Kekurangan Zat Makanan
3 Buku Rekod Pengedaran Susu Tepung Penuh Krim – KIB 110 Pind. 2/2007 Laporan Bulanan / Tahunan Bagi Susu Tepung Penuh Krim - KIB 210 Pind. 2/2007 Pengedaran Susu Tepung Penuh Krim
4 Buku Daftar Morbiditi (Penyakit) Perkhidmatan Kesihatan Pra-Sekolah/ Kesihatan Sekolah – KSK 101 Pind. 2/2007 Laporan Perkhidmatan Kesihatan Pra-Sekolah/ Kesihatan Sekolah Mengenai Penyakit – Penyakit di Kalangan Kanak-kanak Pra sekolah / murid-murid sekolah Secara Bulanan – KSK 201A Pind. 2/ 2007 Status Pemakanan Murid Sekolah
5 Buku Daftar Perkhidmatan Kesihatan Remaja – PKR 101 Laporan Perkhidmatan Kesihatan Remaja- Status Pemakanan/ Morbiditi Remaja dan Rujukan Laporan Bulanan/ Setengah Tahun/ Tahunan Perkhidmatan Kesihatan Remaja-PKR 201 Status Pemakanan Remaja
6 Rekod Kedatangan ke Klinik Antenatal, Suntikan Tetanus Toxoid dan Pemantauan Paras Hemoglobin – KIB 107 Pind. 2/2007 Laporan Bulanan/ Tahunan Jagaan Ibu Antenatal – KIB 201A Pind. 2/2007 Liputan Tahunan Ibu Antenatal, Purata Lawatan Ibu ke Klinik dan Liputan Imunisasi Tetanus Toxoid – KIB 201B Pind. 2/2007. Tahap Hemoglobin di kalangan Ibu Antenatal yang hadir ke klinik kesihatan pada 36 minggu kehamilan
7 Rekod Amalan Penyusuan Susu Ibu Bayi Berumur 4 Bulan Untuk Mac/ Jun/ September – PSI 101A Laporan Amalan Penyusuan Susu Ibu Bayi Berumur 4 Bulan Untuk Bulan Mac/ Jun/ September; Mac + Jun + September – PSI 201A Amalan Penyusuan Susu Ibu Bayi Berumur 4 Bulan.
8 Rekod Amalan Penyusuan Susu Ibu Bayi Berumur 6 Bulan Untuk Mac/ Jun/ September – PSI 101B Laporan Amalan Penyusuan Susu Ibu Bayi Berumur 6 Bulan Untuk Bulan Mac/ Jun/ September; Mac + Jun + September – PSI 201B Amalan Penyusuan Susu Ibu Bayi Berumur 6 Bulan
9 Rekod Amalan Pengenalan Makanan Pelengkap Bagi Bayi Berumur 8 Hingga < 10 Bulan Untuk Mac/ Jun/ September - Amp 101 Laporan Amalan Pengenalan Makanan Pelengkap Bagi Bayi Berumur 8 Hingga < 10 Bulan Untuk Mac/ Jun/ September ; Mac + Jun + September – AMP 201 Amalan Pengenalan Makanan Pelengkap Bagi Bayi Berumur 8 Hingga < 10 Bulan.
10 - Borang Laporan Suku Tahun/ Tahunan Pemantauan Produk Makanan Yang Dikurangkan Sodium – PKS 101 Produk Makanan Yang Dikurangkan Sodium Oleh Pihak Industri

FAEDAH PROGRAM/ PROJEK

  • Memastikan maklumat  berkaitan taraf pemakanan yang tepat dan berkualiti tersedia.
  • Memastikan pengawasan pemakanan bayi, kanak-kanak, remaja serta ibu antenatal menggunakan kaedah bersesuaian dan terkini.

MAKLUMAT PEGAWAI UNTUK DIHUBUNGI

Junidah Raib
Penolong Pengarah Kanan, C44
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Presets
BG Color
BG Patterns
Accent Color
Apply