Jata Negaralogoresepilogosediamembantu 

Kafeteria Sihat

PENGENALAN

Amalan makan secara sihat merupakan salah satu elemen yang sangat penting dalam membentuk masyarakat yang sihat dan dapat menyumbang kepada produktiviti negara. Oleh yang demikian, Kementerian Kesihatan telah menjalankan pelbagai aktiviti promosipemakanan yang bertujuan mendidik masyarakat mempraktikkan amalan makan secara sihat.

Walaubagaimanapun, gaya hidup masyarakat kini yang moden menyebabkan promosi makan secara sihat menjadi semakin mencabar dan memerlukan pelbagai strategi serta pendekatan bagi meningkatkan keberkesanannya. Faktor masa dan tuntutan kerja telah mendorong masyarakat untuk membeli makanan di luar, samaada di kedai makan, gerai atau restoran.

Kekurangan premis makanan yang menawarkan pilihan makanan yang lebih sihat, bersih dan selamat merupakan salah satu faktor yang menghalang masyarakat untuk mengamalkan makan secara sihat.Oleh itu, penubuhan Kafeteria Sihat merupakan salah satu strategi yang dapat membantu menyediakan persekitaran yang menyokong dan mendorong masyarakat bagi mengamalkan makan secara sihat. Pengusaha premis makanan yang berminat boleh menghantar Borang Permohonan Pengiktirafan Kafeteria Sihat (KS/1KKM) ke Jabatan Kesihatan Negeri/ Wilayah Persekutuan yang berdekatan (untuk perhatian: Pegawai Sains (Pemakanan) Negeri).

Logo Kafeteria Sihat

OBJEKTIF

Objektif Am

  • Untuk meningkatkan kualiti makanan dan promosi pemakanan sihat di premis makanan melalui satu sistem penilaian Kafeteria Sihat.

Objektif Khusus

  • Untuk meningkatkan pengetahuandan kemahiran pengusaha kafeteria dalam penyediaan hidangan sihat dan selamat.
  • Untuk memastikan penyediaan makanan yang berkhasiat berpandukan Malaysian Dietary Guidelines dan Recommended Nutrient Intake (RNI) .
  • Untuk memastikan penyediaan makanan yang selama tberpandukan Peraturan-peraturan Kebersihan Makanan 2009 .
  • Untuk meningkatkan kebolehdapatan pilihan makanan sihat dan selamat kepada masyarakat.
  • Untuk memberi pengiktirafan kepada premis makanan yang memenuhi kriteria Kafeteria Sihat.
  • Untuk menggalakkan kerjasama antara Kementerian Kesihatan Malaysia dengan pengusaha premis makanan dalam mempromosi makanan yang sihat dan selamat.

BAHAN TERBITAN

SENARAI BORANG

 

Pertanyaan lanjut, sila hubungi:

Encik Ng Chee Kai
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
03-88924470

Presets
BG Color
BG Patterns
Accent Color
Apply