Jata Negaralogoresepilogosediamembantu 

Program Community Feeding

PENGENALAN

Program Community Feeding telah dikenalpasti di bawah Program Transformasi Kerajaan (Government Transformation Programme, GTP 2.0) Low Income Household (Orang Asli) bagi pelaksanaan 2013 – 2015 yang diselaraskan oleh pihak PEMANDU. Ia merupakan satu strategi untuk meningkatkan taraf pemakanan kanak-kanak Orang Asli berumur 6 bulan hingga bawah 6 tahun di pedalaman Perak, Pahang, Kelantan dan kaum Penan di Sarawak. Program ini telah dijadikan salah satu Penunjuk Prestasi Utama Kementerian (MKPI) bagi Kementerian Kesihatan pada tahun 2013.

Sebelum pelaksanaan sepenuhnya pada tahun 2013, satu Projek Perintis Program Community Feeding telah dijalankan pada tahun 2012. Projek Perintis ini melibatkan dua daerah terpilih iaitu Daerah Hulu Perak, Perak dan Daerah Jerantut, Pahang. Pemilihan kawasan/ kampung bagi Program Community Feeding adalah berdasarkan bilangan kes kanak-kanak kurang zat makanan (KZM) orang asli yang paling tinggi.

Program Community Feeding ini disarankan untuk diperluaskan di daerah/ negeri pedalaman yang lain di Malaysia khususnya di kalangan Orang Asli berdasarkan kejayaan pelaksanaan Community Feeding yang dijalankan sebelum ini di Pos Kemar Orang Asli, Hulu Perak.

Program Community Feeding ini dijalankan oleh sukarelawan daripada masyarakat Orang Asli setempat yang telah dilatih oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Aktiviti yang dijalankan adalah seperti berikut:

  • Pemberian Ready to Use Therapeutic Food (RUTF) - RUTF adalah pes yang mengandungi tenaga padat, diperkaya dengan mikronutrien yang digunakan dalam pemakanan terapeutik, diperbuat daripada kacang tanah, minyak, gula dan susu tepung. RUTF diberikan oleh sukarelawan kesihatan kampung terlatih di Pusat-pusat Community Feeding untuk kanak-kanak KZM dua kali seminggu selama 3 bulan.
  • Pemberian Makanan Tambahan - Makanan Tambahan akan diberikan kepada semua kanak-kanak berumur 6 bulan hingga 6 tahun (kanak-kanak dengan berat badan normal dan kanak-kanak KZM). Makanan tambahan ini meliputi segelas susu, biskut/ bijirin, multivitamin dengan zat besi dan minyak ikan. Makanan Tambahan diberikan oleh sukarelawan kesihatan kampung terlatih di Pusat-pusat Community Feeding setiap hari kecuali hari minggu (5 kali seminggu).
  • Program Kesihatan Komuniti - Program Kesihatan Komuniti bertujuan untuk memperkasakan (empower) sukarelawan kesihatan Orang Asli dalam menjalankan aktiviti-aktiviti kesihatan di dalam komuniti. Di samping itu, ia mewujudkan kesedaran dan meningkatkan pengetahuan serta amalan kesihatan termasuk kebersihan diri dan pemakanan di kalangan masyarakat Orang Asli melalui saringan kesihatan, kelas memasak/ menyediakan makanan sihat serta ceramah dan demonstrasi penjagaan kebersihan diri (kutu, kuku, kaki, gigi dan tangan). Program ini dijalankan pada setiap 3 bulan sekali dengan kerjasama anggota kesihatan dan sukarelawan Orang Asli.

Photo0199Photo0186Photo0277Photo0197

 

FAEDAH PROGRAM

Program Community Feeding merupakan kaedah berkesan kepada penyelesaian masalah KZM teruk dan sederhana dalam kalangan Orang Asli. Ia merupakan satu langkah untuk cuba memulihkan kanak-kanak ini di kawasan komuniti berkenaan. Dalam program ini, sukarelawan Orang Asli akan memberi makanan kepada kanak-kanak Orang Asli dengan diiringi oleh ibu atau penjaga kanak-kanak tersebut.
 
Ibu atau penjaga kanak-kanak ini juga akan didedahkan dengan pendidikan yang berkaitan seperti pemakanan, kesihatan, kebersihan dan pencarian sumber makanan semulajadi.

Selain pemberian Bakul Makanan, kanak-kanak KZM Orang Asli dalam Program Community Feeding  akan diberi RUTF, Makanan Tambahan  dan mengikuti Program Kesihatan Komuniti. Manakala kanak-kanak Orang Asli yang mempunyai berat badan normal akan diberi Makanan Tambahan  dan mengikuti Program Kesihatan Komuniti.

Program Community Feeding ini, secara tidak langsung dapat membantu mengurangkan morbiditi dan mortaliti di kalangan kanak-kanak Orang Asli berumur bawah 6 tahun.

 

 

Pertanyaan lanjut, sila hubungi:

Puan Norlela Mohd Hussin
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
03-88924454

Presets
BG Color
BG Patterns
Accent Color
Apply