• Theme :
  • +100%-

DAPUR SIHAT MASYARAKAT

Laman Utama > Program Pemakanan > Promosi Pemakanan > Dapur Sihat Masyarakat

pengenalan

Projek Dapur Sihat Masyarakat (DSM) diwujudkan sebagai satu usaha untuk mempertingkatkan lagi pelaksanaan dan keberkesanan aktiviti promosi pemakanan yang dijalankan oleh anggota kesihatan di klinik-klinik kesihatan. Pelaksanaan projek ini juga adalah untuk memperkembangkan skop promosi pemakanan meliputi aspek penyediaan hidangan makanan keluarga dan ekonomi rumahtangga termasuk perancangan menu, pengubahsuaian resipi, kebersihan dan keselamatan makanan dan pengurusan dapur. Ianya juga adalah satu usaha untuk memperluaskan kumpulan sasaran aktiviti promosi pemakanan kepada suri rumah tangga, ahli-ahli keluarga, murid-murid sekolah, golongan remaja, orang dewasa dan masyarakat keseluruhannya.

objektif

Untuk meningkatkan kualiti, kebersihan dan keselamatan makanan dan hidangan di rumah melalui tunjuk ajar secara interaktif, participative, hands-on dan holistic dengan mengutamakan perkongsian bijak (smart partnership) dalam kalangan masyarakat, agensi kerajaan dan pihak swasta.

Pertanyaan lanjut, sila hubungi:

Puan Nur Shafawati Mohd Ghazali
shafawati_ghazali@moh.gov.my
03-88924473

Aktiviti

  • Uji cipta dan perujian resepi sihat
  • Sesi memasak hidangan keluarga
  • Demonstrasi memasak resepi sihat
  • Demonstrasi memproses makanan
  • Demonstrasi mencegah kemalangan di dapur
  • Demonstrasi penggunaan garam beriodin, minyak sawit merah, produk kacang soya di bawah Program Promosi Pilihan Bijak
  • Pemakanan sihat
  • Keselamatan makanan
  • Pengurusan dapur
  • Pemantauan berat badan dan Indeks Jisim Tubuh (BMI)
  • Pemantauan tekanan darah
  • Penyaringan glukosa, kolesterol dan trigliserida
  • Penjualan buku resepi
  • Perkongsian pembelian borong bahan-bahan dapur dan makanan
  • Sesi senaman
  • Sesi bercucuk tanam
  • Sesi marhaban
  • Kursus keselamatan makanan semasa cuti sekolah
  • Penyelenggaraan pusat sumber
  • Dapur siber
  • Pertandingan memasak
  • Penggredan dan pertandingan kebersihan dapur
  • Percetakan buletin Dapur Sihat Malaysia
  • Hari terbuka Dapur Sihat Malaysia