• Theme :
  • +100%-

BERSIH, SELAMAT DAN SIHAT (BESS)

Laman Utama > Program Pemakanan > Promosi Pemakanan > Bersih, Selamat dan Sihat (BeSS)

bess
Pengenalan

BeSS (Bersih, Selamat dan Sihat) merupakan satu pengiktirafan yang diberikan kepada pengusaha premis makanan bagi menggalakkan penyediaan makanan yang selamat dan sihat. Secara umumnya, terdapat empat kriteria utama yang perlu dipatuhi oleh pengusaha premis makanan bagi mendapat pengiktirafan tersebut iaitu:

  • Mengekalkan premis yang bersih;
  • Menyediakan makanan yang selamat;
  • Menyediakan makanan yang sihatdan
  • Menyediakan makanan dalam saiz hidangan yang betul mengikut keperluan individu.

Pengiktirafan ini melibatkan dua komponen iaitu keselamatan dan kualiti makanan serta komponen pemakanan. Bagi mendapatkan pengiktirafan ini, pengusaha premis makanan haruslah mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan bagi kedua-dua komponen ini.

aktiviti
  • Penilaian Pengiktirafan BeSS Pengusaha premis makanan yang berminat boleh menghubungi Jabatan Kesihatan Negeri/ Wilayah Persekutuan yang berdekatan [untuk perhatian: Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Keselamatan dan Kualiti Makanan)].
BAHAN TERBITAN
  • Garis Panduan Pengiktirafan BeSS bagi Pengusaha Premis Makanan
  • Manual Prosedur Kerja Pengiktirafan BeSS bagi Pengusaha Premis Makanan
Pertanyaan lanjut, sila hubungi:

Encik Ng Chee Kai
ckng@moh.gov.my
03-88924470