Allied Health Profession Act (AHP Act)

PENGENALAN

Akta Profesion Kesihatan Bersekutu atau Allied Health Profession Act (Akta 774) diwujudkan bagi mengawal selia perkhidmatan profesion kesihatan bersekutu yang mempunyai kesan langsung atau tidak terhadap penjagaan pesakit, kesihatan individu atau penduduk. Akta 774 ini telah diwartakan pada 18 Februari 2016 dan dijangka dikuatkuasakan pada tahun 2020. Terdapat 23 profesion di bawah akta 774 ini termasuk Nutritionist.

Untuk mendaftar sebagai Nutritionist, berikut adalah beberapa syarat yang perlu dipenuhi:

  1. Rakyat Malaysia
  2. Memenuhi terma dan syarat serta kriteria kelayakan seperti yang dinyatakan dalam Akta 774.
  3. Menamatkan pengajian dalam bidang pemakanan dari universiti yang diiktiraf untuk pendaftaran dan amalan di bawah Akta 774.
  4. Graduan dari universiti yang tidak diiktiraf mesti mendapatkan kelulusan dari Majlis AHP.
  5. Tidak berdaftar untuk profesion lain di bawah Akta 774

Bahan Sesi Konsultansi (Public Enggament) Akta Profesion Kesihatan Bersekutu (Akta 774) Bagi Profesion Nutritionist

Sila klik untuk muat turun Akta AHP (Akta 774)

 

 

 

 

PERTANYAAN LANJUT, SILA HUBUNGI