Advokasi Pemakanan Sihat Di Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA)

ADVOKASI PEMAKANAN SIHAT DI TAMAN ASUHAN KANAK-KANAK (TASKA)

PENGENALAN

Pemakanan di peringkat bayi dan kanak-kanak akan mempengaruhi corak dan status pemakanan apabila dewasa kelak. Kanak-kanak yang berada di Taska adalah berumur antara 2 bulan hingga bawah 5 tahun. Bayi dan kanak-kanak pada peringkat umur ini memerlukan jumlah tenaga dan nutrien yang mencukupi bagi membantu dan menyokong pertumbuhan fizikal dan mental yang optimum. Bayi dan kanak-kanak yang dihantar ke Taska akan menghabiskan masa hampir 6 hingga 10 jam di situ.  Oleh itu, selain ibu bapa, pendidik dan pengasuh juga memainkan peranan penting dalam memupuk amalan pemakanan sihat kepada kanak-kanak.

OBJEKTIF
  1. Memastikan bayi dan kanak-kanak mendapat makanan yang seimbang dan bersesuaian mengikut keperluan dan umur melalui cadangan menu di Taska.
  2. Meningkatkan pengetahuan berkaitan pemakanan kepada kumpulan sasar; kanak-kanak, ibu bapa, pendidik dan pengasuh melalui advokasi secara berkala melalui advokasi yang berterusan di media cetak, media elektronik dan lapangan.
  3. Menggalakkan penglibatan ibu bapa dalam aktiviti pemakanan di Taska.
  4. Meningkatkan kemahiran penyediaan makanan bayi dan kanak-kanak kepada ibu bapa, pendidik/pengasuh dan penyedia makanan melalui kursus dan latihan.
  5. Memantau status pemakanan bayi dan kanak-kanak di Taska.
BAHAN TERBITAN

Infografik

  • Kunci Pemakanan Sihat
  • Hidangan Untuk Si Manja
  • Awasi Waktu Makan Anak Anda
  • Snek Sihat untuk Si Manja
  • Ketahui Apa yang Anak Anda Makan
  • Anak Cerewet Makan Sayur?
  • Jadilah Ibu Bapa yang Kreatif
  • Ketahui Saiz Hidangan Buah untuk Anak Anda
  • Ketahui Kebaikan Air Kosong kepada Anak Anda

Buku

  • Garis Panduan Perancangan Menu di Taska
  • Panduan Pengendalian dan Pemberian Susu yang Selamat di Pusat Jagaan dan Taska
  • Modul Latihan Penyediaan Makanan di Taska, Tabika dan Pra Sekolah

Poster

  • Contoh Sukatan Makanan Bayi dan Kanak-kanak

Permainan Interkatif

  • Dam Ular Gergasi¬†
  • Permainan Magnetik Pinggan Sihat Saya
PERTANYAAN LANJUT, SILA HUBUNGI:

Pn Intan Hartini Binti Ahmad Bidin
intanhartini@moh.gov.my
03-88924458